:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Name


Masa pregnant, oleh sebab tak tau jantina baby, maka kene la cari nama for both genders. Tapi lebih bersungguh cari nama untuk baby boy sebab memang nak boy.

Sekali bila beranak, yang kuornya girl. Berputih mata la nak nama baby boy. Haha.

Terpaksa cari dan pilih balik. Konsepnya masih sama macam afia dulu. A + Nur + SY.
A for afiq. Nur for girl. Sy for syuhada.

Sebenarnya senarai nama yang nak tu dah ada. Forward dari yang zaman afia punya. Masa pregnant haritu, selalu je terdetik, if dapat baby girl, nak letak nama aini. Tak berniat or bernazar cuma rasa berkenan nama tu sebab rasa macam lembut je.

So bila dah bersalin, sembang dengan hasben pasal nama2 ni. Tunjuk list nama kat hasben. Hasben pon cakap aini ok. Sebab senang di sebut.

Tapi si ibu ni gedik. Masuk facebook. Masuk group nama2 indah yang bermakna, cari lagi nama2 bermula huruf A dan 4 abjad je. Ada few yang berkenan- Alin, Alma' antaranya.

Bila tunjuk kat hasben nama2 tu, hasben cakap ambik alin la. Macam senang dan lembut je bunyinya. Cari yang depan je sebab yang belakang memang konfem dah nak yang mane. Hehe.

So, tercipta la nama buat puteri kedua saya.




Oleh sebab kakaknya nama dekat2 dengan abi (afiA = afiQ) , maka adiknya ni kene la dekat2 nama ibu (dida = syadeeda). Logik tak pilihanku? Tapi tu plus point je sebenarnya. Hehehe

Doakan alin jadi anak yang solehah. Berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin.

**Aini nampaknya bakal di forward ke anak yang lain dan nama baby boy terpaksa diperam lagi. Huhuhu.

[ Bace Lagi... ]

Kronologi kelahiran anak dara kedua

Alhamdulillah.

Dah dua minggu jadi #ibu2anakdara.

So harini macam rajin plak nak tulis cerita kelahiran anak dara no 2 saya.

Bermulanyaaa...

Jumaat. 24.6.2016.

5 am. Bangun nak sahur. Nak kejutkan adik sya. And terjatuh di bilik di gara2 tak perasan lantai licin. Tak jatuh berdebuk sebab dan tahan tangan jugak. Cume memang akrobatik la. Kaki kanan mengangkang habis. Mase jatuh siap jerit Ya Allah. Aboh, umi, adik berlari tengok. Neves jugak walopon tak jatuh terhentak punggung. Celah kangkang kanan jangan cakap la. Sakit gile. Menangis seround. Mood nak sahur hilang. Monitor gerak baby alhamdulillah ok.

11 am. Mengurut sebab tak tahan sangat sakit kat kangkang tu. Mase urut tu tukang urut cakap tengok perot cam nak beranak dah. Tapi saya cakap tak sebab takde tanda lagi.

4pm. Kuor darah. Tapi tak sakit. So rilek jela sambil monitor gerak baby. Still lagi pose. Cakap kat umi dah kuor darah. Umi dah gabra sebab dia ada majlis berbuka kat luor hari tu. Aboh pon same. Tapi saya cakap takpe je. Adik2 ada. Hasben pon ondaway balik dah. Rasa tak beranak lagi.

Malam. Bergelak ketawa dengan hasben sambil tengok tv. Cakap kat dia kalu nak branak pagi esok, ondaway gi spital kite gi drive thru mcd eh. Teringin rase. Boleh buat bekal tenaga. Hasben iyakan je. Kol 11 umi cakap gi la dua2 tido. Esok kan nak beranak. Cakap balik kat umi takpe. Tak beranak lagi ni (kompiden sangat). Tak sakit langsung pon masa tu. Baby pon gerak ok je. Tapi barang2 dah check and readykan.


Sabtu. 25.6.2016.

2am. Rasa perot memulas. Dah terdetik. Ke nak beranak dah? Afia dulu pon memulas jugak. So masa tu layan je rasa contraction tu. Monitor brape minit sekali. Mase tu setengah jam sekali rasa sakit tapi masih boleh ditahan. Buat latihan pernafasan. Still lagi peram tido tapi bile sakit tu terkejut2 jugak.

3am. Hasben sedar bini dia tengah sakit. Ajak gi spital tapi bini dia taknak lagi. Rasa boleh tahan lagi. Ingat nak gi pas sahur je.

4.30am. Rasa sakit dah makin kuat. 10minit skali. Gi cakap kat umi. Umi suruh makan dulu then gi spital terus. Tapi saya gi mandi2 siapkan badan dulu. Kejut hasben suruh mandi and sementara tu makan nasi 3 sudu, air milo secawan. Untuk tenaga kononnya.

5am. Gerak gi spital. Ondaway tu kire contraction. 5minit sekali. Setiap kali contraction datang, genggam tangan hasben. Tapi sempat lagi tanya, tak beli mcd ke? Hahaha. Hasben buat dono je. Beli apenya tengah sakit gitu. 

5.30am. Sampai hsnz. Dan2 bunyi bedil tanda habis waktu sahur. Daftar masuk. Terus check jalan. Dah 5cm. Takyah masuk wad. Akan terus ke LR. Hasben gi register kat bangunan sebelah. Masa tu dok baca doa nabi yunus dan mintak dipermudahkan sume. Cakap kat misi, dalam LR nak sume staff perempuan.


6 am. Mase naik LR hasben gi semayang subuh. Masuk LR macam kagom sebab lawa sangat. Siap tanye doktor lagi, ni ke bilik bersalinnya doktor? Siap boleh sembang walopon tengah sakit. Sebab bearable lagi mase tu. Doktor check jalan cakap 6cm. Tengah2 sembang rase macam nak membuang. Cakap kat doktor. Saya rasa macam nak berak la doktor (malu kalu ingat balik cakap gini. Hahahah). Doktor cakap puan nak push tu. Saya pecahkan ketuban la. Neves hoi. Tapi mase tu takde la rasa nak push. Memang rase nak membuang. Ke feeling je?

6.15am. Doktor pecahkan ketuban. Dan tetibe rasa sakit yang unbearable. Memang tak dapat tahan sangat. Nangis terus mase tu. Then cakap kat doktor mintak panggi hasben. Doktor cakap nanti dia panggilkan sebab kat tangan belom masukkan jarum. Sakit sangat mase tu sampai baca doa nabi yunus pon kuat2. Sempat cakap kat doktor suruh panggil hasben sebab nak suruh urut belakang. Hahaha. 


6.40 am. Hasben masuk. 2x je urut belakang. Pastu rasa nak push. Sesuka hati sendiri dari mengiring tukar posisi ke baring biasa. Cakap kat hasben nak berak. Misi cakap dah nak berak sangat berak la. Hahaha. Bongoknye mase tu. Malu kalu ingat balik. Rupenya mase tu nak push dah. Hasben cakap memang dah nampak kepala baby. 3,4 kali push jugak sebab tak sempat nafas. Mase tu dok pikir cepat la branak. Tak tahan sangat sakit. Huhu.

7.03am. Baby kuor. Bila baby kuor terus tanya hasben boy ke girl sebab slame pregnant scan tak nampak langsung. Hasben cakap girl. Macam frust sikit sebab nak boy kan. Nama pon dok aim name laki je. Haha. Tapi bile tengok baby, macam tak caya dah beranak lagi. Besar and putih sangat budaktu. Mane tak besar. 3.65kg ooi. Panjang 55cm lak tu. Then misi jahit. Luckily tak banyak kene jahit sebab tak kene gunting. Luka pon sebab baby besar. Tak banyak jahit pon sakit jugak. Huahuahua.

10 am. Masuk wad 3A kenanga katil no 1. Bile doktor check, tanye doktor bile agak2 boleh balik. Doktor cakap if baby dah berak and kencing boleh balik. And alhamdulillah. Memang boleh balik di hari yang sama. Tak payah tido di hospital. Syukur sangat sebab dok bimbang kat afia la. Dia mana boleh tido kalu ibu takde.

4 pm. Discharge. 
[ Bace Lagi... ]

Third pregnancy. Second baby.

Alhamdulillah.

2 bulan lepas miscarriage second baby, saya pregnant lagi. Sejujurnya, tak expect akan lekat dalam mase yang dekat gitu. Period lepas gugur pon skali je datang. Bulan ke dua lepas gugur period lambat. Tapi ingatkan sebab hormon lepas gugur buat period tingtong. Rupenyee.. Pregnant lagi.

Terdetik nak check pon sebab asben tanye tak period lagi ke? Sebab dia rasa tak larat. Loya2. Pening2. Simptom2 yang dia kene mase saya mula2 pregnantkan afia dulu. So check la. Bile naik double line.. Neves pulak rase. Hahaha.

Buat buku at 8weeks of pregnancy. Buat awal sebab dah ada history gugur so takot. At 12weeks, dah kene minum air tersedap di dunia - air gula. Menitik air mata minum air ni. Dah setel minum memang rase berpusing2 kepeningan. Nasib baik masa tu cuti sekolah so boleh rest. Afia pon asben yang uruskan. Alhamdulillah result air gula cantik.

At week 16 onwards, detect baby dok melintang. Adoyai.. Susah hati sangat sebab bile baca pengalaman orang lain, dorang dok cakap if baby transverse lie, memang kene czer la jawabnya. Allah! Takot sangat. Doktor cakap early pregnancy ni takpe sebab baby akan pusing lagi. If 36weeks above baru bahaya. Jadinya, hari2 la dok doa suruh baby pusing dok leklok.

During week 28, baby kurang gerak. Dari kamis ke jumaat macam almost tak rase baby gerak. So gi klinik perubatan intan untuk scan. Buat ctg tak jumpe jantung baby. Takot dah mase tu. Scan baru nampak. And memang clearly nampak baby dok melintang. Kepala belah kiri mase tu.

Mase 31weeks, gi scan 4d kat klinik hadi kat padang luas besut. Doktor perempuan walopon name klinik tu laki. Nak tengok kedudukan baby tapi lebih pada nak tau jantina. Senang nak shoping kononnya. Hahaha. Tapi malangnya, baby pemalu. Takmo tunjuk sampai sudah. Muke pon nampak sampai hidung je. Mulut di tutup dengan tangan. So terpaksa la ibu shoping baju kaler universal je. Campur baju afia, banyak jugak jadinya.

Masa pregnant tu, ada jugak saya gi mintak air penawar untuk pusing kedudukan baby. Pakcik tu dok bukit payong, besut. Dia tak pusingkan baby cume tengok2. Mase tu 33/34weeks dah. Dia cakap takpe. Perot besar lagi nanti baby turun. Lega dah dengar. Dan masih berharap baby akan turun mase next check up. Tapi baby tak turun jugak. Doktor cakap akan bagi date untuk buat ecv. Untuk pusing baby ke kedudukan yang betol. Takotnya haih!

Masuk week 36, tengah cuti sekolah mase tu, first day pose gi check up. Baby memang transverse lie lagi. Siap ada lukisan dalam buku. Doktor cakap akan call untuk bagi date ecv. Takot sangat. Before berbuka je doa kan main panjang lebor nak dipermudahkan semuanya. Mase tu duduk dah tak kene. Bangun tak kene. Berdiri lama sakit duduk lama sakit. Asben suruh mintak mc je a week after cuti tu. Sebab start cuti week 38. Gi klinik mintak mc dapat 2 hari. Then balik sambung di ganu.

Gi first check up di ganu. KD padang air. Misi cek baby and dia cakap baby dah dok cephalic position. Oh Allah! Leganya! Then gi scan untuk confirmation. Memang baby dah dok leklok. Alhamdulilah. Berkat ramadhan. Mase tu terus rasa nak branak terus takot baby berubah kedudukan lagi. Hahaha. Kali kedua check up di KD padang air tu, misi cakap branak2 la. Next week mintak2 awak takyah datang dah. Biar misi je gi umah awak. Saya aminkan aje. Hahaha.

Dan akirnya, next appoinment check up tu memang takyah gi dah sebab dah bersalin. 😁

Ok. Done summary (summary yang panjang gile) pasal the third pregnancy ni. Nanti entry akan datang in sha Allah akan cite bab kronologi kelahiran baby plak. Doakan saya gigih menulis. Hehe.

[ Bace Lagi... ]

Hubby 31st birth day.


Hubby came home on his birthday. Arrived home around 9.30pm. I didnt plan any celebration for him as i was quite late.
What i do was..
When he arrived, i asked afia to give him a chocolate bouquet. Right after we opened the door. He looked stumble and quite shock. Maybe he wasnt expect that from us. Hehehe
His chocolate bouquet. Hubby is a big fan of chocolate so this wasnt a waste. 

The next day, i had a programme at school so we can go hang out. After the programme, we went to my in laws house and stayed there until magrib. 

When we reached home, i gave him this.


We shared this slice of cake while watching tv. Afia was soundly sleeping so it was kind of a date for us. Hehehe.

I bought him a shirt (which i forgot to snap a pic of it).

That was a very simple celebration in limitation of time we had. I hope hubby loves it even its not really a celebration. 

4years of celebrating his birthday. More to count.

May my hubby is always in great health. Successful in everything he did. Aamiin.

** The chocolate bouquet wasnt make by me. I ordered them. Not creative enough to do it. Hahaha. 



Ps: dah berkurun entri ni kat draft. Baru bleh update.
[ Bace Lagi... ]

Afia turns two.

Belated post.

Tahun ni ibu tak buat beday celebration pon. Abi takde. Ingat nak buat bile abi balik tapi tak terbuat. Cumanya, a week before birthday afia, ibu beli cheesecake dengan student ibu and asked him to write a wish for you. Tapi termessy plak time ondaway bawak balik umah nekma.




Gift pon ibu tak beli secara official lagi. Tunggu ye afia. Sori. Sume bende postpone je tahun ni. Huhu.

Birthday afia hari jumaat. Hari kamis ibu bawak afia ikot aki nekmi gi tido wakaf che yeh. Suke sangat afia boleh tido hotel. Boleh jalan2 waktu malam. 


Then hari jumaat tu ibu bawak afia gi kb mall. Nekmi nak jumpe kawan dia. Sembang2 dengan kawan nekmi then dia tanye pasal afia. Bile cakap hari tu birthday afia, dia gi belikan a slice of cake untuk afia. Chocolate indulgence from secret recipe lagi. Tak jadi ibu nak belikan afia. Hehe. Then dapat hadiah lagi. Suka sangat afia.



Officially, afia dah 2 tahun bf. Ibu bangga sebab ibu mampu fully bf afia sampai umur afia 2 tahun. Tahniah ibu. Tahniah afia. Kite dah dapat phd in nursing. Yey..! 

Ibu dan abi doakan afia nur syifa' jadi anak yang solehah. Moga afia jadi anak yang menyenangkan sume orang. Moga afia akan berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin.


**Nanti kalu jadi kakak pon, ibu tetap sayanggg sangatttt kat afia. Muahhhh afiaaaa.!






[ Bace Lagi... ]

My 23months old #afianursyifa'



Today she is 23months old. Cepat sangat masa. Rase cam baru lagi ibu branakkan afia. Harini dah 23 bulan dah. 


At her 23months old age ni, banyak bende dah boleh buat. Antaranya..

- dah kenal femli members dia (belah abi and belah ibu)
- dah boleh sebut gelaran2 femli members (ibu, abi, nema, tobah, nemi, agi is aki, ayahyah jik, aeh, acha, cu, ammar, adam, umi, mami, ayayah ji, mama, ayahnyah, ayahjed, and agin :cik atin dia).
- dah boleh bahasakan diri dia tapi sebut ya je. Hehe.
- dah tau nama dia afia nur syifa tapi sokmo sebut ya ba.
- tau nama ibu da
- sebut nama abi abik.

Macam dah besar sangat je ni. Pakai beg nak g skul katenye. Huuu

Sekarang.. Afia pon..
- dah kenal most parts of her body tapi yang boleh sebut cume mouth and nose je.
- dah kenal warna red. 
- dah boleh kire tapi two and bo (4) je yang dia always sebut.
- dah boleh lompat longkang kecik tu sendiri.
- dah boleh naik turun tangga sendiri tapi ibu still pantau.
- makan banyaaakkk sangat and susu kurannnnggg sangat.
- dah reti ngadu kat abi kalu ibu marah. Terpakse ibu call abi bile dia kene marah sebab dia nak ngadu. Hehe.

Nak dok depan and pakai seatbelt cam ibu abi pakai.

- dah reti pilih and pakai baju sendiri.
- sangat2 jangok (menurun nenek2 dia la ni. Heee)
- dah kenal and boleh sebut loyi, bus, motor, car.
- paling suka sebut apetuu and mamo (one more).
- sangat pandai blakon especially blakon tido where at last dia betol2 tido. Hahaha.
- dah reti cakap macih kalu orang bagi pape. And dah reti cakap amo (sama2).
- dah tau sebut beg, baju, sluor, bedak, sikat and ameyy (comey).


Tu antara yang ibu ingat afia dah leh kuasai. Time nak menulis ni bukan sume bende ingat. Hehe.

So.. Hadiah afia bulan ni taktau lagi ada tak. Maybe beli baju gitu je. Yang hadiah next month ni ibu excited walopon taktau nak beli ape. Mase first beday ibu belikan rantai tulis name afia. Second beday.. Gelang kaki pon cm okk. Kan? Ke gelang tangan? Ke subang? Eh.. Dilema pulak. Haahhahahahahaha..!


** Afia sekarang kalu kat umah totally rejek botol. Nak dengan ibu je. Camne nak wean off next month ni? Huuu
[ Bace Lagi... ]

My west-east baby


Friday. Weekend.

Ibu bajet nak bermalas-malasan. Jadinya ibu tak pikir nak masak ape for breakfast. Tapi afia bangun, terus ke dapur dan ambik pinggan. Means dia nak makan. So ibu godek2 barang kat umah nekmi. Jumpe macaroni.

Ketungketang ketungketang.

Siaplaa.

Macaroni sup siam for afia. West and east bergabung demi afia harini. Hahaha.!

Afia makan bertambah. Tinggal tulang ayam dengan bawang je sikit-sikit. Yang lain licin. Sambil makan sambil cakap, bu.. Dap em dap em.. Bahagia sangat ibu rase.



Resepi macaroni sup siam?

Bahan2:
1. Macaroni (rebus and tos).
2. 2 ulas bawang putih (dimayang).
3. 2 biji bawang merah (dimayang).
4. Ayam (dipotong kecik).
5. Potato (dipotong panjang dan nipis).
6. Carrot (dipotong bulat).
7. Rempah sup siam.

Cara2:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan warna kekuningan.
2. Masukkan ayam. Kacau-kacau sikit.
3. Tambah sedikit air supaya ayam masak. Masukkan rempah sup siam.
4. Tambah potato dan carrot.
5. Tambah air untuk banyakkan kuah (afia suka hirup kuah). 
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Bila mendidih dan potato dah lembut boleh tutup api.
8. Campur macaroni dan siap! 😬

**Afia tengah selera sangat makan sekarang ni. Sebab tu ibu jadi gigih nak masak pape untuk afia. Dan sebab tu afia dah tak minum susu sangat. Huhuhu.
[ Bace Lagi... ]

Complete miscarriage


Entry pasal diri sendiri.

Yes . I just had a complete miscarriage at 7weeks of pregnancy. 

I found out that i was pregnant on wednesday, 5 august 2015. My period was delayed for a week and thats why i did a pregnancy test using the upt kit. Alhamdulillah. Positif.



Once i saw the result, i told my hubby. Seben siap tanye, pregnant ke tak? Padahal dah bagi siap dengan cara baca kot. 😓 Bile gitau positif dia pulak cam tak caya.

On monday 10 august 2015, saya sakit gigi so i went to thw dentist. Bila dia tau saya pregnant, dia nasihatkan buat buku sebab awal2 dah sakit gigi. So petang tu gigih la gi klinik buat buku pink.
Tapi.. Takde rezki nak minum air gula 30 ogos tu. Hari jumaat 14 ogost 2015, kol 5 pagi, saya bangun nak ke tandas. And tengok ada darah. Perot memang dah rasa memulas. Call hubby dia blur suruh call umi. Call umi, umi suruh gi klinik tapi manede klinik buka kol 5. Kol 6.15 pagi afia bangun so siapkan dia terus. Kol 7 gitau mak mertua nak ajak gi spital sebab turun darah. Before gi spital tu, ke toilet and mase tu banyak sangat darah kluor. And dalam hati dah terdetik cakap baby dah takde ni. Sambil tahan nangis mase tu. Huuu.

Kol 7.30 sampai hospital tengku anis pasir putih. Doc scan cakap rahim dah kosong. Allah je tau feeling mase tu. Sengih tapi dalam hati nangis. Kene seluk nak cek jalan. Doc kate memang dah complete so takyah cuci.


Sedey jangan cakap la. Hari jumaat sabtu tu memang nangis je. Tapi curi2 la sebab dok umah mertua. Malu kalu dorang nampak. Hehehe.

Maka, bermulalah life berpantang. Bile pantang dengan anak yang aktif ni, susah sangat ooi nak jadi sopan. Ada je aksi dia buat ibu stres. Hari sabtu tu afia memang badmood dari pagi sampai malam. Umi cakap afia sedey adik dah takde. Yelah. Time adik ada pon afia nangis kawkaw. Time adik takde pon nangis. Kompius la ibuuuu.. 😣

Ibu pakai stoking dia pon sebok nak pakai.

Bestfren baru. Huhu

Sekarang balik berpantang dan berehat di umah umi di ganu. Tak ramai tau saya keguguran. Pakcik makcik pon tau bile datang umah nak jumpe umi aboh sebab dorang nak gi haji tahun ni. 

Tapi tadi dah terup status pasal gugur2. So ramai kawan2 dah tau saya gugur. Dorang suruh jangan stres and banyak rest. Stres tak. Tapi tak bape leh rehat kene layan afia. Huuu.

Umi cakap umi termimpi anak saya mati. So tau la yang gugur ni. Umi kate kene redha. Tu Allah ambik yang 7 minggu. Boleh la cooldown feeling sebab tak besar lagi. Cuba bayang kalu Allah ambik mase 7 bulan or 7 tahun. Tak ke royan nanti? 

By the way, mase mula2 gugur, saya macam persoalkan dan tertanya2 jugak kenapa Allah bagi kemudian Allah ambik balik. Tapi bila pikir2, i guess i know why.

1. Sebab afia ni macam tak redi lagi jadi kakak. Manja kan main haihhh. Dengan ibu lagiii la melampau2. Jeles sangat kalu orang lain pegang ibu. Ibu ni macam hak milik dia sorang. Kalu ada adik tak tau la camne. Kesian pulak.



2. Sebab bila tau saya pregnant and anggaran due date, saya sebenarnya susah hati sangat. Susah hati pikir sape nak jage masa dalam pantang. Sebab due awal bulan 4. Sekolah tak cuti lagi. Pastu pikir camne nak handle 2 anak sorang2. Dengan nak naik turun kuarters lagi. Afia lagi. Macam2 pikir. Rasanya sebab tu Allah ambik balik. Nampak macam saya sangat tak ready kan? Wuuu.

Cuti dapat 5 days je tapi saya sambung sampai 2 minggu. Aboh tak bagi gi awal2 kuarters sebab nanti nak kene handle afia sorang2.

Pantang orang takde anak ni lain sangat. Lagi ketat dari pantang ada anak. Huuu. In sha Allah akan pantang sampai 44 hari. Moga bertahan. Harini baru 20 hari. Lagi 24 hari ooi.! Huhu. Merdekanya time raya haji nanti. Tak saboooo.! 😬😬😬

Bila dah few days pantang ni, rasa rasional sikit dari segala segi. Mase cuti haritu nangis jugak sedey pikir anak takde. Tapi sekarang dah ok. So dah boleh pikir elok2. Allah ambik ni, nanti mesti Allah ganti dengan yang lebih baik. Twin perhaps.? Aamiiinnnnnn.. Hahahaah. 


**Doakan tahun depan afia betol2 jadi kakak. Aamiin. Hehehehehe.

[ Bace Lagi... ]