:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

sopim mopim laaaagii


aku rajin. jadinye ada lagi la entri sambungan untuk tajuk sopim mopim ni. hicks! sopim mopim level 3 ni di anggotai oleh aku, syadia dan khalis. iman and abang sopim mopim dengan abah. so tatau kesah perjalanan mereka2 itu. aku tulis pe yang aku lalui jela. layaaaaan~

sebenarnye proses ni berlaku semalam. tapi semalam macam sangat penat dah lepas sopim tu, kerajinan nak hapdet belog tak datang. pospon la ke arini. semalam kuor around kol 830 malam..*burn terawih aku*. then terus ke towm sebab malas dah nak gi kat len. terus jela gi tuju ke tempat2 yang dipercayai banyak jual kasut. first skali gi kedai bata. aku berjaya memujuk khalis untuk beli kasut kat situ. lega sikit la. dah setel 1. tapi aku tak berjaya pujuk syadia. sume yang aku tunjuk die tak berkenan. yang die nak plak takde saiz. so terpakse ke kedai lain. next to kedai bata tu je pon. masuk2 je, aku tunjuk 1 kasut kat die. terus die suke. tanpa banyak bicara, memang je aku amik kasut tu untuk die. malas dah nak berjalan2 lagi. ingat dah abis. tapi dorang2 tu dok kate kat aku, "abah kate beli kasut se sorang, selipar se sorang". i was like, UHHHHH!! penat la gini! *muke tak puas hati* tapi terpakse ikot jugak. kalu tak, bile lagi nak gi beli untuk dorang2 ni.

then ke kedai kasut you untuk mencari selipar2 buat dorang. hanya berjaya beli selipar khalis sebab syadia tak mo selipar kat situ. terpakse la ke kedai lain jugak. masuk kuor, masuk kuor kedai, akhirnya syadia pilih jugak sepasang selipar. yang aku tak bape berkenan sebab aku rase tapak die licin. nanti bile adik aku tu membuaskan dirinye, senang la nak jatuh. tapi dah die nak, aku amik la jugak. mase aku refuse tu, muke die dah lain dah. sebab die majuk, aku amik selipar @ sandal tu. tapi aku bebel2 la. so dalam kete, agaknye die terpikir ape yang aku bebelkan itu betol, maka die bersetuju nak cari selipar.

destinasi seterusnye is di mydin. sebab nak cari songkok khalis. cari2, akhirnye pilih la 1 songkok. then ada la jugak beli barang lain yang takde dalam list nak di beli. sebabnye, yela, bese la, bawak budak2, nampak je air, nak beli, nampak je makanan, nak beli. aku plak jenis kesian bile dengar dorang cakap lapar la, dahaga la. so aku ikot la dorang nak ape. yang penting pada aku, jangan nak buat hal. gambo yang ada cume gambo kat mydin. sebab kat tempat lain tak sempat pikir nak ambik gambo. bizi melayan kerenah dorang cari kasut je. kat mydin pon gambo khalis je. syadia tengah majuk mase aku dok sebok2 nak ambik gambo ni. sampai takmo gambo die di ambik.
sorang lagi pekerja baru mydin. hehehe
mulut sampai herot, dedikasinye menyapu debu di songkok beliau. cube tengok yang berbaju pepel kat belakang. tengah majuk tu.
cam lurus bendul je aku tengok adik aku ni. mwahahaha~
agak lame jugak la kuor semalam. kol 11 lebih baru sampai umah. lambat sebab campur dengan stuck dengan sedikit jem di atas jalan raya. balik2 je, terus dorang dok menunjuk2 kat umi aku pe yang dorang beli. luckily my choices for them dipersetujui oleh my mader. hehehe~ bile abah and abang2 dorang balik, lagi sekali proses penunjukan berlaku. takpelah, budak2 kan, excited lebih kalu bab beli barang baru time2 nak raye ni. cam la kite zaman kecik2 dulu tak gitu kan? ngeeee. haaaa, cube tengok, cantek tak kasut2 raye dorang yang aku pilih? mwehehehe~
aku pilih yang ala2 ladies giteww untuk satu2nye adik pempuan aku
yang ni aku tak bape berkenan tu. nampak lawa tapi membahayakan
yang ni yang beli kat mydin. nampak cam yang lelaki punye. tapi ni untuk syadia ok.  simple and selamat! 
kasut pilihan aku untuk khalis
bakal selipar raye khalis
abang dengan iman pon sopim kasut gak. terkejut gile aku tengok kasut dorang. terkejut bukanlah sebab kasut dorang tu vogue sangat. tapi sebab bapak besau kasut dorang tu. iman punye ke, abang punye ke, memang gile besau! saiz 9 and 10. aku rase cam kasut gergasi je. wahahaha. tak caye cube ko tengok gambar2 kat bawah.
iman punye, dalam gambar cam tak la besar sangat. hakikatnye? haih!
abang punye. dalam gambo dengan yang real, dua2 memang besar! huuuu~
btw, aku dah lega sebab lepas ni dah takde proses sopim mopim lagi. penat sangat2 buat keje ni. i seriously hope dah takkan ada proses ni lagi. cukup sampai 3 level sahaje. AMIN! ehehehe~

ok, dah. nak gi melayan keciks 2 ketul main bunga api plak. tata!


0 juri awam:

Post a Comment