:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

VACATION : vietnam day 2



warning : entri SANGAT panjang sebab banyak gambar.


15.11.2012.
day 2 di vietnam. janji dengan umi nak kuor lepas zohor so pagi tu, hubby ajak saya gi jenjalan tengok kawasan dulu. hubby dah bace buku ni. so senang sikit sebab die dah tau pasal certain places and rules on how to survive there.


so pagi tu saya dan hubby kuor jenjalan berdua dulu. jalan je sebab kalu naik beca tak selamat. nanti kene ketuk harga berganda2. naik taxi pon same. dorang akan bawak ikot jalan jaoh supaya meter tu naik and harga mahal. sebab tu hubby cakap jalan je la. jalan punya jalan, akhirnya kami sampai di sini.





kat sini ni la tempat orang shopping. masuk je dalam tu, terus ada yang tegur, "abang, kain abang. banyak kaler". ramai jugak yang tegur gitu. amboi, tegur abang je. adik kat sebelah ni tak tegor pon. cisss..! hahaha. loghat dorang cam bunyi orang thai cakap melayu je. pelat2 sikit.  pasar ben thanh ni agak jaoh la dari hotel kami. around 20 minit jugak la. then pusing2 kat situ. then cari kedai makan yang halal. kami jumpa la kedai makan hajah basyiroh tu. dekat2 je area shopping tu dengan kedai makan and the other hotel. kami je tercampak jaoh sebab sebenarnya betol dah hotel hubby booking tapi dorang pindahkan kami ke an tam 2 hotel sebab yang an tam 1 penuh. nasib badan. huuu. 


dah lepas jenjalan tu, kami berdua balik ke hotel balik. ondaway tu cari soket plug sebab dekat vietnam sume pakai plag yang 2 kepala and bukan cam kat malaysia ni. so beli la. satu untuk bilik saya satu bilik umi. harga die rm3.50 satu kalu tak silap. dah la time nak membeli tu kan main susah nak berkomunikasi sebab kami speaking, dorang tak reti english. huuu. and sepanjang perjalanan tu, dalam seramai2 manusia yang saya jumpa, saya sorang je yang bertudung and memang tak di nafikan, dorang sume tengok saya pelik je. but who cares. im proud to be different. hehe.


lepas zohor kuor jenjalan dengan femli lak. pon dengan berjalan kaki. sempat jugak posing barang seketul dua. hehehe



acha depan hotel. can you see how mess the view is?
heee



depan kedai 24 jam vietnam



buah pon ada jual.


then mase nak lintas jalan tu, memang scary gile la. sebab motor banyak gile. and cara melintasnya tak sama cam kat malaysia. biasanya kalu nampak motor banyak2, mesti kita berhenti dulu. tapi kat sana tak gitu. jalan je. motor2 tu akan elak kite. kalu stop memang kene langgar la sebab dorang tak leh bajet kite nak gi mane. saya mana tau so saya berhenti jugak sebab takot tengok motor2 meluru je. nasib hubby tarik tangan. lepas tu memang tak lintas sengsorang la. hahaha. kat sana kereta di guna sebagai taxi je and jarang gile tengok kereta milik orang persendirian. 


ni cume sikit je ni.


pastu dok kat situ lame gile. sampai petang gile dah baru balik. memang banyak kali gile la dok pusing tempat tu. tapi takde la shopping sangat pon sebab kan baru day 2. lame lagi kot nak dok situ. saya berpinar mate tengok kasut yang cantik2 gila. siap cakap kat hubby, "kalu before kawen datang sini mesti best shopping untuk kawen". then hubby cakap, "tak best sebab takleh datang berdua". hampesss..! hahaha.






then posing kat bulatan die kejap. nak gi kat bulatan tu, di bantu oleh polis yang bertugas sebab time tu time orang balik keje. maha ramai orang naik moto. sangat menakutkan. huhuhu





lepas dah siap shopping, baru balik hotel. pon berjalan kaki. bayangkan masa tu kuor dari hotel around kol 2 tengahari waktu malaysia sampai la kol 8 malam waktu malaysia. balik memang kaki lembek. lenguh jenjalan. tak de shopping sangat. just window shopping tapi tu pon sampai berjam2. hebat tak kami? hehe.


so malam tu tido dengan sangat lena sebab terlalu penat berjalan. lagipon memang nak kene rest secukupnya sebab keesokkan harinya kami nak gi sungai mekong lak. sume info pasal nak gi sungai mekong tu kami dapat masa kat kedai makan hajah basyiroh tu.


hari kedua kat vietnam : sebab dah jumpe kedai makan halal yang murah, terus umi cakap takpe la lambat lagi balik. padahal masa first day sampai, tengok bil makanan harga rm180, terus cakap nak balik. ni dah bertukar pandangan dah. ekeke.


** saya nak masukkan banyak lagi gambar tapi internet maha slow. nak menunggu gambar2 di atas di upload pon sakit hati je. so, harap berpuas hati dengan gambar2 yang ada. hehe. nanti saya sambung lagi cite vacation kami tapi mungkin makan masa di sebabkan internet ni. huhuhu.


2 juri awam:

raja zubaidah raja sabaradin said...

Jue ms pergi dulu dok kt pink 2 hotel. Dpn kedai basyiroh tu. Kitorang mmg mkn situ je, siapdelivery ke bilik...heheheee

Cikdida Syuhada said...

jue, saigon pink ea? erm, mase kami gi aritu, sume hotel depan kedai basyiroh tu full. tu yg tercampak jaoh. huhu

Post a Comment