:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

aboh



ini aboh saya.

smart tak aboh saya? ini saya curi gambar aboh pergi lawatan ke indon hari itu.


aboh saya seorang cikgu. aboh saya sudah tua. dia sudah berumur 53 tahun. aboh saya tidak bekeng macam umi saya. masa sebelom kahwin, kalu saya merajuk, aboh saya selalu pujuk saya dan mesti saya akan termakan pujukan aboh itu. lagipun, saya kan anak kesayangan aboh. hehehe.






gambar saya dan adik sedang manja manja dengan aboh

aboh saya suka makan nasi bersama kuah yang bersantan atau berlemak atau kari. dia tidak suka makan kuah tumis atau sup. tapi dia makan sahaja kalau terpaksa. namun begitu, jika dia dapat makan kuah gulai atau hari setiap hari pun dia tidak kisah. itu yang menyebabkan saya dan umi membebel sedikit. kerana seperti mana yang telah kita ketahui, makanan berlemak ini boleh membahayakan kesihatan dan memberi kesan kepada jantung kita. tapi aboh saya tetap berdegil dan membuat selamba sahaja. disebabkan itu, kadang kadang umi tidak akan masak kuah bersantan dan aboh terpaksa makan kuah yang di sediakan itu.







aboh saya seorang yang sangat rajin. bukti kerajinan aboh saya ialah selain menjadi cikgu, aboh saya juga seorang pembasuh baju yang sangat tegar di rumah kami. setiap pagi, sebelum ke sekolah, mesti aboh saya akan membasuh basuh dan menyidai baju. kadang kadang kalu aboh rasa dia kene ke sekolah awal, aboh akan basuh dan jemur baju malam tu lagi. walaupun macam teruk kelihatannya, tetapi kerja membasuh baju di rumah kami memang sudah menjadi kerja aboh saya. kalu bunyi mesin basuh berputar je, automatik kami semua dah tahu. aboh la tu. aboh akan membasuh, menjemur, dan mengangkat baju sahaja. bahagian melipat dan menggosok baju itu biasanya bahagian umi atau saya. 





bukti kerajinan aboh saya yang lain ialah aboh juga selalu ke pasar untuk membeli bekalan makanan di rumah kami. ikan, sayur, barang memasak dan barang makanan di rumah kami memang di beli oleh aboh. oleh sebab itu, umi saya menjadi sangat manja dan tidak pernah ke pasar bersendirian. umi cakap dia menjadi tidak pandai untuk membeli di pasar sebab sudah di ajar aboh begitu. manja sangat umi saya kan? hehe. nasib baik saya tidak begitu. mungkin sebab saya belajar jauh dari kelurga, sikap berdikari itu sedikit sebanyak tertanam dalam diri saya.  hehe. eh, kembali kepada tajuk asal kita. kalu aboh akan berkursus di luar negeri terengganu, aboh akan menyediakan stock lauk pauk dan sayur sayuran secukupnya. jadi umi saya tidak perlu ke pasar lagi untuk membeli barangan tersebut. ooh, aboh saya juga bertanggungjawab untuk membeli barang barang keguanaan lain seperti sabun pencuci, pencuci pinggan, garam gula, minyak masak, dan sebagainya.



kalau saya keluar berjalan bersama keluarga saya, saya suka berjalan dengan memimpin tangan aboh saya. atau berjalan bertempek dengan aboh saya. dulu ada orang pernah bagitahu umi saya yang aboh saya ada skandal. pergi ke bandar dengan perempuan lain. siap bagi guna kereta lagi. umi saya gelak sahaja. sebab umi tahu itu saya. mungkin sebab saya dah dewasa dan aboh bukanlah tua yang membongkok lagi, sebab itu orang silap paham.


setiap hari raya, kami akan beraya di kampung aboh saya di telok pasu. selepas sembahyang raya, kami sekeluarga akan berjalan pulang ke rumah datuk saya sambil berhenti beraya di hampir keseluruhan rumah di dalam kampung itu. pakcik makcik saya panggil aboh YB sebab itu. dan masa kecil dahulu, saya selalu merungut. walaupun banyak mendapat duit raya, tapi rasa penat berjalan itu mengatasi perasaan lain. tapi, apabila saya merungut kepada aboh, aboh akan kate, "kita kena pergi beraya ke rumah sanak saudara. masa hari raya sahaja kita ke rumah mereka. lagipun, aboh nak anak-anak aboh kenal siapa saudara mara kita. tak mo la tak kenal siapa saudara mara kita. kalu aboh dah tiada nanti pun, teruskan amalan ni. jangan jadi kera sumbang". lalu saya terdiam mendengar jawapan aboh dan sekarang saya setuju. apa yang aboh buat memang betul. di hari raya sahaja nak bertandang ke rumah saudara mara. masa itu la nak kenal mana sanak saudara kita. aboh kate, 2012 tidak dapat bawa menantu dia berjalan begitu *sebab saya dan suami beraya di kelantan*, jadi 2013 insyaAllah aboh akan bawak menantu dia berjalan keliling sampai lenguh. suami, awak kena ready la ye. nanti nak ikut YB Din pergi beraya. hehe


last raya bujang saya.


aboh selalu pesan kat saya dulu, jangan bercinta masa belajar. sebab itu masa di sekolah, saya tak pernah bercouple dengan sesiapa. cuma simpan perasaan suka sahaja. saya takut. sebab pesanan aboh tu memang saya selalu ingat. saya belajar bercintan cintun ini bermula umur 18 tahun. masa itu sembunyi sembunyi sahaja sebab takut aboh marah. tapi terkantoi jugak. aboh tidak datang marah secara terang tapi aboh bagitahu umi dia tidak suka saya begitu. tapi umi bagitahu aboh, saya sudah dewasa. normal jika saya punya perasaan begitu. aboh terima jawapan umi dengan syarat saya tidak mengabaikan pelajaran. aboh tidak pernah bercakap pasal hati perasaan atau hubungan kekasih dengan saya sebab dia tidak suka perkara begitu terjadi pada anaknya. tetapi, selepas mengenali suami saya buat pertama kali, aboh memanggil saya masuk ke biliknya dan bertanya. "kak betul-betul serius ke dengan afiq? kalau kak serius, dia serius, aboh izin kak kahwin dengan dia. aboh setuju. tapi keluarga dia kene masuk mintak mengikut adat la.". saya tersangat terkedu kerana itu kali pertama aboh tanya pasal saya dengan seorang lelaki. rasa ingin menangis pun ada. umi kata mesti suami saya bermuka baik sampai aboh terus berkenan. suami, awak kene bersyukur sebab aboh terima awak. heee.


suke sangat aboh dapat menantu.

saya sayang aboh saya. sayang sangat sangat. saya selalu mendoakan dia panjang umur supaya dia sempat bermain sepuasnya dengan anak-anak saya. saya hendak melihat aboh saya melayan cucu-cucunya. sebab itu, sekarang saya dan suami sedang berusaha keras untuk memberikan aboh saya cucu. tapi mungkin bukan rezeki kami lagi jadi impian itu masih belum dapat ditunaikan. kak mintak maaf aboh. aboh kene tunggu lama sikit untuk main dengan anak-anak kak. in sha Allah satu hari nanti aboh sempat habiskan duit untuk anak-anak kak. hohohoho.


ok. sampai di sini sahaja lah dulu. awak semua baca dengan nada skema ye? hari ini saya gedik sebab menulis dalam bahasa baku. teima kasih kerana sudi membaca cerita saya hari ini.


** motif entri : abooooooooooooohhhhh, meh la basuh baju kak.! banyok ngat ni.! malasnyeeee...!! wuwuwuwu. eh, padahal kalu gi basuh baju dari tadi, mesti dah siap. tapi malaaaaaaaaaaasssssssssss ni...!!




2 juri awam:

izaFiza said...

hahaha..aboh sila la bace plesss..kalu aboh baca mesti terharu..

*eh,stail mkn aboh awk mcm asben saya lah..hehe..

Cikdida Syuhada said...

aboh saya jarang main internet. bizi kononnye. haha.

** dop au nok stop gane tabiat makan die tu. huuu

Post a Comment