:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

matematik dan saya



sejak saya kecil, selain daripada saya banyak bercakap, saya juga di kenali kerana saya tidak pandai matematik. subjek matematik adalah subjek yang paling saya tidak gemari. 




masa di sekolah rendah, saya memang di aim oleh cikgu2 sebab ketidakbolehan saya tu. bila tiba je masa matematik, automatik saya tak senang duduk. kalau boleh, nak keluar je dari kelas. tapi tak pernah la ponteng. duduk jugak dalam kelas tu tapi dengan perasaan sangat takut. saya ingat, ada sekali tu, masa saya darjah 5, cikgu matematik saya nama dia cikgu rairahayati. die garang gile. then aritu ada dia marah saya sebab masa nak buat latihan math tu, saya lupa garis tepi buku tu. terus la kene marah. masa tu jangan cakap la feeling saya. trauma weh. saya dah la tak suka math. pastu kene marah pulak. phew.! nasib tak leleh je. huahuahua.


cikgu masa darjah 6 pulak cikgu rohani. cikgu ni baik. tak la garang. tapi sebab otak saya ni dah memang beku bab math, tak dapat la cikgu tu nak menolong sangat. penat cikgu ajar saya, masih jugak tak pandai2. ampun cikgu~ huuu. masa darjah 6 tu saya ingat lagi, saya kena masuk kem bestari matematik. gara2 setiap kali ujian, keputusan matematik hampes. hahaha. then cikgu rohani tu cakap kat saya, saya ni terbolah. terbolah bahasa standardnya cam kelam kabut la. sebabnya saya selalu je salah kat jalan kira. contohnya soalan gini.
*soalan saya reka sendiri je ni. hahaha*

selesaikan masalah di bawah

235 + 376

             235            
+ 376
=  611

tapi jawapan saya mesti ntah pape je sebab time kire tu, saya selalu rabun bab nombor. selalu salah kira. penyelesaian soalan di atas mesti lain.

   285
 + 376  
=   661


di atas tu cuma contoh je tapi gitu la silap yang selalu saya buat. ape masalah ntah saya ni. nak cepat siap gamaknya. tapi nak cepat kalu betol takpe jugak. ni nak cepat tapi salah. sampai cikgu pun dah pening layan saya. selalu jugak kene marah. umi abah pon marah tapi still tak berubah. huhu. dan akibatnya, upsr saya 4A 1B dan B adalah matematik. bila cikgu2 tau keputusan saya, sume geleng kepala. agaknya keputusan saya tu as expected kan? hahaha.


then ketidakpandaian saya itu di bawa pulak ke alam sekolah menengah. cam biasa, cikgu memang kenal sebab banyak cakap and tak pandai math. hahaha. math percubaan pmr saya dapat B. math pmr saya dapat A. unbelieveable.! haha. math spm? takyah bagitau la. malu je. cikgu ramlah, cikgu math saya terkejut saya dapat A2 masa spm. sebab biasa result terlalu teruk. lagi2 kalau add math tu. memang memalukan. huuuu. masa form 4 saya belajar dengan cikgu azlina ambak. ok la. cikgu tu baik. masa form 5 dengan cikgu ismail. cikgu tu lagi hebat. masuk kelas tak bawak buku pon. terus gi tulis kat papan hitam. sume soalan dah dalam otak. pembezaan. pengkamiran. peh, kagom gile kot. tapi walopon dua2 cikgu ni yang ajo saya addmath, tapi saya lebih takot kat cikgu fauziah. aura add math dia maha hebat sampai saya yang tak di ajar ni pon rasa scary. nasib dia tak ajar saya, kalu tak, mesti saya lagi trauma. hahaha. sebab memang tak pandai. saya ada jugak gi tuisyen tapi setiap kali masa math or add math, mesti duduk kat tempat paling dalam, paling jaoh dari cikgu supaya cikgu tak dapat datang tengok keje saya tu. haha. tapi nasib baik la dapat bestfren pandai math. boleh la belajar dengan dia. kadang2 tiru je dia. miahaha. bila tak suka math, automatik subjek fizik kimia pon affected.
saya mintak maap ye cikgu2. bukan sengaja tapi otak saya memang tak boleh terima pape yang berkait dengan kira mengira. wuwuwuwu.




ooh, ada sekali tu, masa saya tingkatan 4 or 5, saya terjumpa cikgu sekolah rendah saya. di rumah kawan abah masa hari raya. cikgu rusli namanya. dia ajar saya BM dulu. masa jumpa tu, saya macam nak lari sebab malu kononnya jumpe cikgu. tapi cikgu tegur and soalan first cikgu tanya was, "awak panda math dop lagi leni?" which means, awak dah pandai math belom sekarang? ooh, sengih kerang busuk jela saya kat cikgu sambil jawab, "Oloh cikgu, ingat saya keh tu plop. malu saya. napok ngat saya ni dop panda math dulu." (ala cikgu, ingat saya sebab tu pulak. malu saya. nampak sangat saya ni tak pandai math dulu). pastu cikgu gelak sakan kat saya. huuuu. malu sungguh bila cikgu ingat sebab gitu. kalu ingat sebab saya rajin ke, baik ke, lain cite. huahuahua. eh, tapi at least cikgu ingat saya. kira saya glamer jugak la dulu kan? miahahaha. perasan ni.!


bila masuk universiti, saya macam terselamat sikit dari matematik sebab saya ambik jurusan tesl. tesl ni memang mostlynya tak belajar matematik. except for 1,2 subjek jela. masa diploma ada belajar matematik tapi 1 sem je. masa degree pon sama. ada 1 sem je kene ambik subjek yang berkait dengan kira mengira. time matematik tu still menakutkan tapi sebab dah besar panjang, otak nak elak kene terbabit dengan subjek ni banyak la sikit. hahaha. nasib baik la result subjek matematik tu sume ok. kalu tak haru.! miahaha.


ooh, lagi satu.  masa saya jadi cikgu ganti tahun 2011 aritu, saya ajar anak cikgu fauziah BI. cikgu ganti di sekolah rendah. anak dia darjah 2 masa tu. nama afiq abrar. sebab sembang dengan anak dia la saya tau dia anak cikgu fauziah. terus shock kejap.*baki aura masih ada. hahaha*. and cikgu fauziah datang masa saya kahwin aritu. datang dengan afiq abrar la. cikgu fauziah kate dia yang nak tengok sangat teacher dia kahwin. hehe. masa tu la jumpa cikgu and cikgu cakap, "afiq sokmo crite pasal teacher syuhada dia. kate syuhada ni anok murid cikgu. tapi cikgu dop ingat hok ane se." (afiq selalu cerita pasal teacher syuhada dia. kate syuhada ni anak murid cikgu. tapi cikgu tak ingat yang mane satu). of course la cikgu tak ingat saya, cikgu tak ajar saya pon. saya yang selalu takot kalu terjumpa cikgu. hehe. cakap dengan cikgu ketar2 kot. masih takot dengan aura add math cikgu. hahaha.


kalu gi mana2, kadang2 saya suka juga mengira. kira berapa tiang lampu. berapa jalur bendera ke. berapa bijik kereta yang melintas. berapa orang kat sesuatu temmpat tu. see, saya pandai apa mengira. kira pandai jugak la matematik cuma kiraan saya tu always je untuk bende yang ntah pape. kalu mengira untuk bende belajar? hampessss~


tapi papepon, cikgu math ni kan, memang selalu buat saya kagom. i salute them sebab saya kan tak reti math. jadi bila tengok cikgu2 math buat soklan, jawab soklan, rase dorang sangat hebat. macam mana la dorang boleh jawab sume soklan yang berbelit2 tu. tak mampu lah saya nak pikir. and yeah. credit goes to you too hubby.! and you too bestie.! and ooh, you both too akak2 sebelah meja di bilik guru.! hehe.


erm, selama ni memang saya mengelak je kalu kene buat something yang melibatkan matematik dan juga kira mengira. tapi akhirnya, saya KAHWIN dengan cikgu matematik..!! cikgu matematik tu..!! warghhh...!! so unbelieveable.! hahahahaha. masa saya gi jemput cikgu rohani datang majlis saya, dia ada tanya pasal suami saya and bila saya bagitau suami saya cikgu matematik, cikgu cakap, "alhamdulillah. sabboh sangat la tu. awok kan dop panda math, buleh ah blajo dengan laki awok ekgi". (alhamdulillah. sesuai sangat la tu. awak kan tak pandai math, boleh la belajar dengan suami awak nanti). saya sengih jela. ngeee. kadang2 ada jugak suami saya suruh saya kira pape. congak dalam kepala. kadang2 saya kira la kalu yang simple2. kalu yang susah2, mesti saya suruh dia yang kira. then mesti suami saya geleng kepala and cakap, "bile la nak pandai math gini." and saya mesti jawab, "ape guna ada suami cikgu math. biar la cikgu math yang kira. haha." jawapan kejam. sori hubby, awak tau isteri awak ni pandai sangat math kan. mohon paham. keskeskes. 


YESS..!! dapat kahwin dengan cikgu math.!

by the way, Allah sent me my hubby to complete me. DIA tahu saya sangat la tak pandai math maka DIA bagi saya pasangan yang pandai math untuk melengkapkan saya. well, we know that ALLAH knows best for us kan? apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk kita. alhamdulillah. saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada saya selama ni. sangat bersyukur dapat hubby cikgu math. boleh la dia kirakan saya pape yang patut di kira. ekekeke. 
I love you hubby..!
*rasuah awal2 ni. kuakuakua*


kesimpulannya, matematik dan saya ni macam langit dengan bumi. kene jaoh panggang dari api. hahaha. mari memusnahkan pepatah.! tapi eh, hubby saya cikgu math, bestie saya najwa raihan tu cikgu math, and kat bilik guru di sekolah saya sekarang ni, saya dok dengan cikgu2 math, k.su and k.ma and also cikgu kimia, k.nor. ish3. baru saya sedar rupanya saya ni di kelilingi oleh orang2 yang melakukan pengiraan. mohon di hembus sikit aura pandai mengira tu kat saya. huahuahua.


**entri terhasil bile tengok jawapan soklan math yang hubby buat aritu. sumpah tak paham pape.! hahaha.


1 juri awam:

Anonymous said...

I'll immediately snatch your rss as I can not in finding your e-mail subscription hyperlink or e-newsletter service. Do you've any?
Please let me realize so that I may subscribe.
Thanks.

Look at my page - review of quantrim

Post a Comment