:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

my dreams


dream. mimpi. sapna.

ape sebenarnye maksud dorang  ni?

mengikut blog teknologi tanpa batasan,
 mimpi adalah komunikasi antara tubuh, fikiran dan jiwa kita.

maksudnye, mase kita tido tu, badan kita berkomunikasi dengan fikiran dan rohani kita secara tidak sedar la kan?

ermmmmm,

saya ni memang jenis yang kalu tido, akan selalu bermimpi.

tapi

since saya peknen ni, mimpi saya pelik2 la.


saya pernah mimpi saya jadi superhero. selamatkan orang dalam kesusahan. ke sana ke sini. siap terbang macam superman tu ok.
*cuma saya tak ingat la plak dalam mimpi tu saya pakai spedo di luar ke tak. hahaha*


my febret superman and his partner.!


then saya mimpi saya jadi detektif. ala2 detektif conan lagi. nak selesaikan kes pembunuhan. 
*malangnya saya terjaga sebelum sempat kes pembunuhan tu diselesaikan.*





ada jugak saya mimpi saya jadi tukang masak. tapi masa masak tu, hangus satu kuali. 
*ntah apa ntah saya masak masa tu. macam teruk sangat je skill masak saya. hahaha*






masa trimester pertama dulu, saya mimpi pelik2 dan eksotik serta extreme sangat. kalu dalam mimpi tu ada darah, memang saya nampak betol2 darah tu mengalir. and if dalam mimpi tu ada sesi menangis, memang saya akan menangis betol2 sampai dah terjage pon ada kesan air mata. 
*nasib tak bengkak mata. kalu tak malu jek nak gi sekolah. hahaha*


ingatkan bila masuk trimester kedua, berakhir lah segala mimpi pelik tu. tapi rupanya tak. bile dah masuk stage kedua pregnancy ni, mimpi saya lagi menakutkan.

sebabnya?

most of my dreams are about my hubby.

pernah saya mimpi hubby saya ada gelpren lain kat bintulu sane. dalam mimpi tu siap manje2 lagi depan saya. saya pulak dalam mimpi tu, gaya heroin2 dalam sinetron indonesia kt tv3 tu, lemah lembut dan selalu teraniaya. manja pon manja. jadinye masa hubby saya bercengkerama dengan gelpren die depan saya, saya cuma tengok dengan lelehan air mata je.
*kalu di dunia realiti, jangan harap nak manja gitu. and hubby, siap la awak kalu buat perangai gitu*


then, saya ada jugak mimpi kelakar. katanya, dalam mimpi tu, saya kena buat pilihan untuk pilih pasangan hidop. calon2nya adalah hubby saya dan seorang model terkenal. *tak ingat la sape nama dia*. pastu boleh pulak dalam mimpi tu, hubby dan model tu kene lalui few tests. ada test memancing. ada test bawak kete and ada test memasak. aboh umi saya jadi juri. tak ingat sape pemenang tapi akhirnya saya pilih hubby saya. yey...!!
*tengok tu hubby, camne sekalipon saya tetap pilih awak.*


oleh sebab dah macam2 mimpi kuor, maka saya pon merajinkan diri mengoogle pasal ni. 

terjumpa la artikel kat baby center ni.

Dalam mimpi anda ...

Jika anda mengalami mimpi pelik atau mimpi buruk mengenai bayi anda atau jika anda bermimpi melahirkan anak, bukan anda seorang saja yang mengalaminya. Semasa hamil, anda mungkin mengalami mimpi-mimpi pelik. Ini menggambarkan kegusaran anda kerana anda banyak memikirkan tentang perubahan yang berlaku dalam badan serta peranan sebagai seorang ibu. 

Kadang-kadang, mimpi anda sangat jelas atau menakutkan. Jika mimpi anda mengganggu fikiran, beritahulah kepada suami, rakan, ahli keluarga atau doktor anda. Dengan memberitahu seseorang mengenainya, mimpi tersebut tidaklah terasa begitu teruk. Doktor anda juga akan meyakinkan anda bahawa tiada apa yang perlu dimbimbangkan. 

Walaupun mustahil untuk meramalkan mimpi apa yang anda mungkin akan alami, terdapat beberapa imej yang mungkin muncul pada tahap-tahap kehamilan tertentu. Baca lebih lanjut untuk mengetahui apakah kemungkinannya maksud mimpi-mimpi anda. 

Mengapakah saya bermimpi mengenai anak-anak yang sudah besar?

Apabila anda mendapat tahu anda sedang hamil untuk kali pertama, anda mungkin bermimpi melahirkan bayi yang sudah besar atau anak yang sudah besar. Ini mungkin membawa maksud bahawa anda melihat bayi yang sudah besar atau seorang kanak-kanak itu kurang menakutkan berbanding seorang bayi baru lahir yang lemah. Atau mungkin anda gusar kerana terpaksa kembali bekerja selepas bersalin, dan anda bimbang anda akan terlepas sesuatu yang penting. 

Jika ini ialah anak pertama anda, anda mungkin merasa sedikit takut akan proses kelahiran dan bersalin. Harapan anda untuk bersalin dengan mudah mungkin merupakan sebab mengapa anda bermimpi yang bayi anda tiba-tiba sahaja keluar atau muncul secara tiba-tiba. 

Mengapakah saya bermimpi mengenai memandu dan bangunan?

Perasaan anda tentang badan anda mungkin berubah semasa hamil. Anda mungin suka bentuk badan baru anda, atau mungkin merasa tidak selesa mengenainya. Samada anda suka atau tidak dengan badan anda ini, perasaan anda boleh mempengaruhi mimpi. 

Bermimpi memandu kenderaan sering dikaitkan dengan cara anda bergerak melalui kehidupan. Pernahkah anda bermimpi memandu lori, bas atau kenderaan lain yang sukar untuk dikendalikan? Ia mungkin memberi gambaran tentang perasaan anda dalam menyesuaikan diri dengan perubahan bentuk badan. 

Wanita hamil sering bermimpi tentang bangunan, daripada sebuah bilik yang ringkas sehingga ke bangunan pencakar langit. Ianya mungkin tempat-tempat di mana sesuatu benda itu dihasilkan, seperti sebuah kilang atau limbungan kapal. Ini jelas menunjukkan persamaannya dengan bayi yang sedang terbentuk dalam perut anda. 

Atas sebab yang serupa, anda mungkin mendapati saiz dan kekompleksan bangunan dalam mimpi anda semakin bertambah seiring dengan usia kehamilan. Bangunan pencakar langit rupa-rupanya ialah tema mimpi yang paling lazim! 

Mengapakah saya bermimpi mengenai air?

Daripada lopak air sehinggalah lautan luas, anda mungkin dapati bahawa air ialah tema yang sering muncul berulang-ulang kali dalam mimpi anda. Kita semua memulakan hidup sebagai makhluk yang duduk di dalam air, tenang dan selesa dalam cecair yang mengisi uterus (rahim) ibu kita. Jika anda bemimpi tentang haiwan, ia mungkin adalah haiwan dalam air seperti berudu dan ikan. 

Berenang ialah tema yang biasa dalam mimpi pada trimester pertama, memandangkan cecair dalam uterus anda sedang bertambah. Anda bermula dengan hanya beberapa mililiter sahaja tetapi anda akan mempunyai di antara 800ml dan 1000ml ketika dalam minggu ke-36 kehamilan. Tidak hairanlah mimpi-mimpi anda dibanjiri oleh imej-imej berkaitan air! 

Semakin meningkat usia kehamilan, mimpi air anda juga mungkin menjadi semakin dramatik. Contohnya, mimpi tentang ombak besar mungkin menggambarkan air ketuban pecah

Cuba tanya suami anda mengenai mimpinya. Dia mungkin mengalami mimpi-mimpi yang agak pelik juga. 


http://www.babycenter.com.my/a1053149/mimpi-dalam-trimester-pertama#ixzz2XNhiV9ie



then lagi satu yang ni.


In your dreams ...

If you’re having strange dreams, which may or may not feature growing bumps and babies, try not to worry. You’re probably thinking much more about your changing body and feeling a mixture of anxiety and excitement about becoming a mum. 

However, if you’re worried by your dreams, talking about them with your husband, a friend or family member, or your doctor will help you

Although it's impossible to say what dreams you may have, some images are more likely to appear at particular stages of pregnancy. Read on to find out about dreams that are typical for the second trimester. 

Why am I dreaming about animals?

At this stage, it’s common to dream of baby-like animals, such as puppies, chicks and kittens. These are often cuddly and cute, but sometimes they may appear threatening. 

It depends on how you feel about your pregnancy, husband and situation. It's only natural if the imminent arrival of a new person in your home causes a few anxieties

Experts say that dreaming of friendly animals represents a good relationship between the dreamer and her instincts. The animals in your dreams may develop from sea creature to land mammal, repeating the journey of our ancient ancestors. 

At other times you may dream of your unborn child. Your feelings about your dream baby may reveal something about how you view birth and motherhood at this stage of your pregnancy. 

Why am I having erotic dreams?

Sometimes you may wake up after a wild, sensuous dreams about an old boyfriend or other male friend. Don’t be alarmed! This is quite normal. 

Erotic dreams are more likely as you get larger, and tend to occur from six months onwards. Often they reflect your anxieties about your changing figure and its effect on your sex life

Of course, sex is more awkward during the final months of pregnancy. If you’re missing the regularity, variety or intensity of your pre-pregnancy sex life, you may compensate for it in your dreams. 

Or it may be that you feel insecure about how attractive you are now. You may well be feeling irritable from sleepless nights, or feeling you have no control over your changing body shape. Erotic dreams during pregnancy simply offer reassurance that you are still sexy, alluring and loveable. 

Why am I having nightmares where I feel so vulnerable?

You may find yourself tortured by nightmares that your husband is having an affair. You may picture strange women propositioning him. These types of dream express your sense of insecurity about holding your husband’s love through a time of great change. 

It's only natural to feel vulnerable while you're pregnant. You are more dependent than ever upon the goodwill and support of those around you, especially your husband. It’s not surprising you may fear losing him. 

For most women, happily, the insecurity is unfounded and passes. In fact, going through the experience of preparing for and giving birth to your baby is likely to bring you and your husband closer together. 

Your husband may also be having some interesting dreams. Why not ask him and compare your experiences? 

http://www.babycenter.com.my/a547398/dreams-during-the-second-trimester#ixzz2XNiMJQfm



tapi saya tak pernah la plak mimpi pasal bawak kenderaan ke air ke. mimpi nama2 pon belom pernah lagi. sebabnya mimpi2 saya lagi extreme. hahaha. ada kawan saya cakap, orang peknen ni mimpi pelik2 sebab hormon tengah berubah. tak tau la tu. betol la agaknye. huuu. 


** semoga mimpi2 yang pelik terutamanya bab berkaitan dengan hubby tu tak menjadi kenyataan. aamiin. 


0 juri awam:

Post a Comment