:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

simpul biawak


im at 18 weeks of pregnancy and buat kali pertamanya di serang simpul biawak or kejang betis or krem or dalam bahasa ganu, settok karrung.

sumpah.!

sakit gile.!

kene pagi semalam time bangun tido. menitik jugak la air mata sebab sakit tu. T_T

bile gi sekolah, nak naik turun tangga, Allah je tahun macam mana rasanya. tempang tetibe sebab tahan sakit. lagi2 time turun tangga tu. phew! mengajar pon duduk sebab bile berjalan sakit.
*nasib anak2 memahami. huhuhu*

saya memang selalu dengar kalu peknen biase je kene serangan ni. tapi bile kene kat diri sendiri baru la tau camne rase. and bile dah kene kat diri sendiri, baru la terhegeh2 nak menggoogle pasal ni. and banyak jugak review dari blog2 ibu mengandung cerita yang dorang pon kene.

setelah di baca, ni antara yang boleh saya simpulkan.
*mentang2 tajuk entri simpul biawak, nak jugak guna perkataan simpul kat sini.*


APA ITU SIMPUL BIAWAK?

simpul biawak adalah sejenis kekejangan otot akibat penguncupan otot secara tiba2 dan tidak boleh dikawal. Biasanya, apabila simpul biawak terjadi, ia berlaku dengan kesakitan yang amat secara tiba2 pada otot. Tidak berbahaya dan akan reda selepas beberapa minit.


PUNCA-PUNCA SIMPUL BIAWAK

1. kekurangan nutrien seperti kalsium atau magnesium dalam darah.
** terjadi kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

2. uterus (rahim) anda semakin membesar.
** ini memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. ianya juga kesan daripada hormon kehamilan, iaitu progesteron (memberi kesan kepada otot kaki anda)


CARA-CARA MENCEGAH SIMPUL BIAWAK

1. pakai stoking sewaktu tidur 
**untuk mengelakkan kaki yang sejuk kerana kakisejuk mudah mengalami kekejangan.

2. sapu minyak panas pada betis sebelum tidur. 
**mengelakkan angin sejuk masuk.

3. lakukan regangan ringkas sebelum tidur.
**melancarkan perjalanan darah.

4. tidur mengiring.
**seeloknya mengiring ke kiri sebab salur darah besar di sebelah kanan badan.

5. lapik bantal di kaki ketika tidur.
**supaya kaki lebih tinggi dari badan.

6. minum air masak secukupnya.
** supaya electrolite dalam badan mencukupi.

6. mengambil supplement kalsium tambahan.
** untuk menambahkan kalsium dalam badan.


CARA-CARA RAWATAN SIMPUL BIAWAK

1. buat regangan. mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapi kaki secara perlahan-lahan.

2. jalan perlahan-lahan sehingga anda boleh berjalan seperti biasa.

3. tekan tapak kaki dan picit-picitkan supaya cepat lega.

4. picit ibu jari kaki sehinggan rasa sakit berkurangan.

5. rendam kaki dalam air suam bercampur garam.


ok. di atas ni antara cara-cara yang saya dapat dari pembacaan sendiri. kat google dan blog2 lain.

bile tanya kat group ibu mengandung, dorang pon cakap bende yang lebih kurang sama dengan yang saya bace. and dorang cakap jangan urut kat tempat yang sakit tu sebab takut makin sakit. ooh, baru saya tau. tapi sudah terlambat sebab mase kena tu saya ada urut2 jugak. huuu. and ada jugak yang cakap jangan menggeliat bile bangun tido. betol dah tu rasanya. sebab saya rasa saya memang ada menggeliat sikit mase nak bangun tido semalam. syok sangat tido kan. wuwuwu.


hubby cakap biasa kalu sakit sebab urat, nanti 3,4 hari hilang la. i was like, WHATTTTTT???? 3,4 hari?? lamenye..!! sakit ni. sobsobsob.


papepon, semoga lepas ni tak kena dah simpul biawak ni. saya berazam nak minum air masak banyak2 and tak skip susu juge pil kalsium. saya rasa saya kena simpul biawak ni, selain dari sedap sangat menggeliat, ianya juga akibat dari kurang minum air masak dan terskip pil kalsium beberapa hari. huhuhu. memang belajar dari pengalaman sebab tak tahan sangat sakitnya tu. hubby takde. kalu tak, bile kene tu boleh la wat cam orang lain, kejutkan hubby kuat2. kalu dia tak bangun, lepok-lepok, lempang-lempangkan sikit. haha.
*niat jahat sekali sekale. hohoho*


**mohon anakanda tak dera bonda lagi. aamiin.



0 juri awam:

Post a Comment