:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

umi saya




ini umi saya.





she is a teacher. a great mother to us. a great friend to me. and i believe, she will be a great nenda for her grandchildren.


dilahirkan di terengganu dan di besarkan di kelantan membuatkan umi lebih menguasai dialek kelantan berbanding dialek terengganu. lidah memang pior kelantan la sampaikan kalu umi cakap bahasa ganu ni, pelik je bunyinye. huehuehue. tapi anak2 dia memang sume lidah terengganu. haha.


umi saya lemah lembut aje orangnya. maybe sebab umi guru bimbingan dan kaunseling, jadi cara percakapan umi memang banyak guna psikologi. kalu saya, memang tak dapat nak rahsiakan pape dari umi lame2 sangat. simpan2 pon, akhirnya mesti terbocor gak kat umi. hehe.


beza umur kami 23 tahun je. so since saya dah besar gedabak ni, bile jalan2 dengan umi and terjumpa kawan2 dia yang tak tau umi ada anak besar, mesti orang ingat saya adik dia. 
*terus umi perasan dia muda. selalu je gitu. haha*. 


she's been my best friend ever. ape je bebanan hati, kegembiraan saya, saya akan share dengan umi. kalu saya ada masalah, mesti umi jadi tempat rujuk. tak kira masalah apa pon. belajar, kawan, boyfren *dulu la*, mesti saya cite kat umi. and she always know who is my friend, who is my teachers, my lecturers and also my boyfriends. hahaha.


because im the eldest in the family, umi aboh selalu letak harapan tinggi pada saya. tapi im not smart enough and i let them down few times. *sowi umi aboh*. since masuk university la baru betol2 insaf to make them proud of me. and on my graduation day, i knew that they are proud of me. *bajet tau. haha*


i was not allowed to have boyfriend at school. so i have none. tapi since dah habis sekolah, hormon menggedik memang berada di tahap tinggi. makanya dah pandai la berboyfriend2. and setiap satu dari boyfriend saya *macam ramai gile jek boyfriend i nih. huahuahua*, ada dalam pengetahuan umi. aboh memang tak suka. tapi since masuk upm, umi psiko aboh by saying that im big enough to be in that kind of relationship. lagipon, umi kate memang that's the right time for me to find someone. and sebab psikologi umi tu la, aboh cam ok sikit bile tau saya ada berhubungan dengan mana2 boy. lega jap. mekasey umi. haha


since i got to know my hubby, i kept it as a secret from my mom. sebab mase tu takde rasa nak cius ke hape dengan hubby ni. then when she first met him, she told me, if i choose him, she's fine with that. sebabnya umi kata muka hubby baik je. nampak perangai pon baik. umi aboh memang berkenan. and hubby, feel lucky k? sebab you are the first guy yang both my parents agree to accept. hehe. 


most of my decisions in my life were referred to my umi. she never force me to do something i don't like. she just gave me her opinion and asked me to decide what i think is the best for me. dari kecik sampai dah nak kawen. ciusly im damn lucky to have her as my mom.!


ooh, lupa nak gitau. masa saya kecik dulu, saya takut umi lebih dari saya takot aboh saya. memang umi saya lembut orangnya tapi sekali dia meletup, hah..!! memang menakutkan sangat.!! sebab tu saya takut sangat dengan umi. pernah sekali tu, when i was 8 or 9 years old, saya dan adik saya yang no 2 berlari2 and bermain2 dalam masjid terapung. umi dah larang sebab masa tu orang nak sembahyang. tapi kami degil. dan akibatnya, umi marah gile and suruh aboh drive ke balai polis sebab nak hantar kami kat pakcik2 polis tu. memang masa tu saya takot gile. menangis gile oo. siap berjanji bagai dah taknak wat gitu lagi dalam masjid. and started dari that time, setiap kali gi masjid, diam aje. tak berani dah nak main2. heee.


by the way, kenapa saya cite pasal umi harini?


its because, 


harini (17.07.2013) ialah birthday umi saya.! yahooo..!


hepi birthday umi.!


kak doakan semoga umi panjang umor, muroh rezki, dan bahagia sokmo dengan aboh and keluarga kita. semoga idea menulis novel datang dengan melimpah ruahnya. pastu bile dapat royalti banyak2, share la dengan anakmu yang kiut ini. kuikuikui.


hadiah untuk umi? sepraisssss..!!


sebenarnya dah beli something and post kat sekolah umi. tapi tak sure dah sampai ke belom. harapnya by today sampai la. nanti balik karang la tanye. hehe.


sempena beday umi ni, kak tujukan lagu ni untuk umi.




tacing lak rasa dengar lagu ni. wuwuwu. rindu umi.!


nah lirik lagu with translation.
copy paste dr belog cik mala


 Ummi yaa lahnan a'syaqohu(Ibu, lagu yang paling kugemari)
wanasyidan dauman ansyuduhu(irama yang selalu kudendangkan)
Fikulli makanin adzkuruhu(di mana sahaja, aku mengingatinya)
wa-azhollu azhollu uroddiduhu(selalu dan selalu aku nyanyikan...)
Ummi yaa ruuhi wa-hayati(Ibu, wahai jiwaku dan hidupku)
yaa bahjata nafsi wamunaati(pemberi kebahagiaan dan harapan)
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x(sekarang, juga di masa hadapan...)
Allohu ta'aala aushoni(Allah memerintahkan aku)
fissirri walau fil i'laani(dalam ku sendiri atau terbuka)
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x(supaya bersikap membahagiakan terhadapmu, dan mengasihimu...)
Ismuki manquusyun fi qolbi(Namamu wahai ibu terpahat di hatiku)
Hubbuki yahdini fi darbi(cintaku padamu membawaku ke jalan yang benar)
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x(dan doaku selalu, semoga Allah sentiasa menjagamu...)



**sowi takleh sambut dengan umi. anakandamu yang kiut miut ni sedang berada di perantauan demi mencari rezeki yang halal. raya ni la celeb same2. hehehe. i love you umi.!





0 juri awam:

Post a Comment