:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

iftar perdana keluarga haji yahya



bila bulan puasa, antara satu bende i like the most adalah masa iftar perdana femli kami.

masa tu sume adik beradik abah bersama laki bini dan anak-anak mereka akan berkumpul untuk berbuka bersama-sama.

past years event ni buat kat umah ayah ki saya. tapi tahun ni buat kat umah papa sebab mami saya takleh gerak sangat. kaki patah and masukkan besi. so sume ke umah papa kat taman chendering utama.

the iftar was on friday, 26.7.2013 *baru nak hapdet*. heee. masing-masing bawak lauk dan juadah sendiri. femli saya masak sup tulang and daging with hati masak merah je. bawak buah tembikai sebijik. then on the way tu berhenti beli popia and ayam golek kat bazar ramadan. 

sampai umah papa dalam kol 6.45. tengok and sembang2 dengan mami jap. pastu masuk dapur siapkan juadah. mase tu sorang-sorang datang bawak lauk masing-masing. penuh meja tau.! 










rumah pulak, bile dah di penuhi satu datuk, 1 besan datuk, 7 anak, 6 menantu, 17 cucu, 1 cucu menantu dan 1 cicit, memang bergegar habis lah. banyak kali kene sound dengan ayah ki suruh senyap sikit sebab dah dekat magrib. tapi senyap kejap pastu bising balik. haha

pastu masa nak berbuka, sume serbu meja. memang penuh gile.! 







tapi best sebenarnye event camni. sebab merapatkan hubungan sesama kami. kalu bulan tak puasa, every friday memng berkumpul umah ayah ki. bulan puasa susah sikit la kan. 

masa makan sume diam. khusyuk makan kan. hehe








pastu gi sembahyang terawih. balik tu celebrate beday afiq (my kazen not my hubby) lak.







sambil makan sambil bergelak ketawa la kami. kol 11 malam baru gerak balik umah. phew.! penat gelak je rasa. huhuhu

moga-moga before pose 2013 ni abis, sempat la buat iftar perdana sekali lagi. next week ke. mase tu saya dah ada hubby. yey! tak jeles lagi dah dengan orang lain. haha.

**harapnya budaya lepak-lepak, beramah mesra bersama keluarga ni kekal jadi tradisi kami sekeluarga walopon nanti orang-orang tua dah takde. aamiin.

0 juri awam:

Post a Comment