:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

bengkak susu and duktus tersumbat



Harini dah 43 hari.

Dan harini adalah kali ke 2 saya kene bengkak susu. Dulu mase awal2 pantang dah kene. Tapi yang ni lagi teruk dari yang dulu. Tang dulu lepas pam dah ok. Yang ni pam 2,3 kali pon still sakit gile. Kene semalam. Rase cik b macam bengkak so pam la before tido. Then kol 2.30 bangun susukan afia, rase sakit. So bagi afia susu belah yang sakit tu sebab bajet bela tu banyak susu sampai sakit. Kol 4.30 bangun menyusu skali lagi. Mase tu rase sakit sangat. Terus takleh tido. Sebab bile gerak skit je, sakit melampau2.




Mase bangun subuh tadi, memang tak dapat tahan dah. Cik b pon dah bengkak and tegang gile. Sakitnye Allah aje yang tau. Memang nangis la. Mintak tolong hubby panaskan air sebab nak basshkan tuala and tuam. Ok la skit. So sambung tido jap **amalan yang tak baik untuk tido lepas subuh tapi tad tak tahan**. Kol 7.30 terbangun sebab afia nak menyusu. Mase tu rase cik b sakittttt sangatttt. 


Gitau mak mertua. Die kate kotnye saluran dalam cik b tersumbat.





Ada makcik yang datang umah tadi cakap, if makan bende yang berhabuk, bukan habuk debu tu, tapi cam minum air teh ke, die boleh sekat saluran dalam cik b. Tak tau la betol tak bende ni. Makcik tu panggil "sampah" dalam cik b. Die cakap sikat cik b. Saya yang nerd ni pon buat la gitu. Dengar petua orang tua katenye ni. Huuu. Terpakse tahan sakit mase sikat tu. Memang menangis2 la. Sambil sikat sambil susukan afia sambil gugel pasal bengkak susu. **multi tasking tak saya? Haha**


Then, terjumpe la kat page babycenter.com.my pasal duktus tersumbat. Ni ha artikelnye.


Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal. 

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 


Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit. 

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya. 


Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan bagaimana ini dilakukan. 

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar. 

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Rujuk penyusuan A-Z kami untuk bantuan atau berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding. 

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
  • Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  • Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan. Bacalah artikel kami mengenai mastitis untuk maklumat lanjut. 


Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda. 

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. 


http://www.babycenter.com.my/a1032574/duktus-tersumbat#ixzz2oXqlF1Nc



Tadi memang ingat nak telan panadol dah sebab sakit sangat. Tapi bile baca ni, terus praktikkan. Saya buat yang guna jarum tu sebab prasan dekat nipple ada cam satu tompok kecil kaler putih. mule2 cucuk dengan jarum tak jadi. Still ada. Pam pon still tak kurang sakit. Then try cucuk skali lagi. Tercabut la tompok putih tu. Terus memancut2 susu kuor. Sambung pam dalam 5 minit. Memang terus hilang bengkak tadi. Rase sangat lega bile cik b dah tak tegang lagi.


Before ni ada jugak dengar petua cakap kalu kene bengkak susu, tempek kobis kat cik b. Tapi tak di sarankan sangat sebab nanti pengeluaran susu menurun. Mak bidan yang saya gi urut dulj pernah cakap, boleh jugak sapu air asam jawa sekeliling cik b. Biar sampai kering then sapu lagi sampai bengak tu hilang. Tapi jangan sapu kat nipple. Kanh baby nak menyusu rase asam jawa je. Haha. Tapi rasenye, dalam banyak2 petua dan cara, yang di beri oleh babycenter ni paling cepat kesannye. Sakit terus hilang.

Lepas dah ok, terus terngiang lirik ni dalam kepala.

"Pengalaman telah mendewasakan  mematangkan fikiran. Pahit getir yang telah ku lalui, guruku sejati".

**Rase cam dah betol dah liriknye tu. Cube teka tu lagu tajuk ape and sape yang nyanyikan lagu tu. Hehe**


Ni memang pengalaman baru and takleh di lupai. Sebab tj tulis entri pasal ni. Hehe. Kesimpulannye? Bengkak susu, duktus tersumbat, jangan la di buat main. Jangan di amik remeh. Sumpah sakit.! Boleh demam tau..



**Daddynye afia cakap saya boleh jadi tok bomoh sebab tau pasal ni. Gelak sakan la saya. Adoi sayang, he really made my day lah. Heee.

0 juri awam:

Post a Comment