:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

CIK TAJ



sape CIK TAJ?

Ni die.





 CIK TAJ bukan sebarang kereta. she's my first car. and she is a very priceless gift from my aboh. even CIK TAJ cuma kereta second hand yang aboh beli dari kawannya, tapi dia banyak berjasa dengan saya.CIK TAJ mula jadi kawan saya since saya sem 7 di upm. aboh bagi saya bawak kete sebab aboh tau saya bizi nak ke sana ke mari and nanti boleh guna time practicum. and memang dia sangat berkhidmat pada saya sepanjang dia dengan saya ni. sebab tu saya sayang sangat CIK TAJ.


kenapa saya bagi nama kat kereta? macam orang tak betol ea? hahaha. peduli apa saya orang nak kata. saya suka je buat gitu. lagipon kadang2 bila saya drive CIK TAJ sengsorang, saya suka cakap dengan dia. walopon dah tau dia MEMANG takkan jawab, tapi CIK TAJ salah satu tempat luahan perasaan saya. kalu CIK TAJ menjawab, mau saya terketar2 kejap mase drive tu. hahaha


daddy CIK TAJ *suami saya*, suka sangat ugut nak jual CIK TAJ. kalu dia naik je kete, mesti dia cakap, "kita jual la kete ni ea?". then gelak2 mengejek sebab dia sebenarnya tau saya sayang sangat CIK TAJ ni. kalu dengar suami saya cakap gitu, terus saya gosok2 CIK TAJ cakap, "ibu sayang CIK TAJ. jangan layan cakap daddy tu." kene la pujuk. bukan apa, saya takot CIK TAJ merajuk je. terok la saya kalu dia merajuk dengan saya. dah la daddy dia jaoh. mesti saya blur nak wat apa nanti. tapi so far, alhamdulillah, CIK TAJ saya ni masih cemerlang khidmatnya.! syabas bete.!



bukti kecemerlangan CIK TAJ ialah dia dapat meredah banjir yang agak dalam masa bulan 12 tahun lepas. tapi masa redah tu, daddy dia yang drive. Saya sebok bagi kata2 semangat and amik gambo bukti je. hahaha. bangga gila kot bila CIK TAJ mampu redah banjir tu. masa tu dari terengganu ke kelantan. dari rumah umi ke rumah ma. redah banjr di 3 tempat. merang, saujana and tembila. and last few weeks, CIK TAJ ulang balik cemerlang dia bila berjaya redah banjir sekali lagi masa nak gi sekolah. thanx CIK TAJ. I memang sayang sangat CIK TAJ. hebat kan kesayangan saya ni? hehehe



sebenarnya entri ni ditulis untuk CIK TAJ. sebabnya CIK TAJ dah dapat adik lepas 3 tahun dok dengan saya. tapi saya sayang CIK TAJ lagi tau. cuma saya kene bagi aboh and umi jaga CIK TAJ dulu. jangan marah ye CIK TAJ.


**saya dah takleh bawak kete manual sekarang ni. rindu CIK TAJ. Huaaaaaa.!!



0 juri awam:

Post a Comment