:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Dugaan berpantang??


ini entri 4 bulan lepas. tak tau nape bleh overlook kat entry ni. so mintak maap la ye kalu bace tapi tak puas hati. ni tulis dulu2 lagi. hahaha. tak edit. cume tambah kat bawah2 je skit.


Seperti yang di janjikan, ni sambungan entri ni.


Dugaan berpantang? 


Nak kate banyak tak banyak jugak. Tapi ada la.


Dari segi makanan dan pemakanan.


1. Air sejuk and ais serta aiskrim

Yang ni memang mencabar minda betol. Mase mule2 branak tak rase terliur sangat sebab mase tu asik hujan. Sejuk. Then dalam 10 hari pantang tu, cuaca panas skit. Mase tu la betol2 mencabar. Terliur gile tengok hubby and adik2 minum air sejuk dari peti and ais. Dorang lak dok tayang2 depan saya. Kat umah ma dugaan aiskrim sebab abah mertua saya tu suke makan aiskrim so owex ada stok dalam peti. Memang sangat2 menggiurkan.





2. Megi

Hubby and adik2 ada jugak makan megi depan saya. Memang la terliur. Walopon dah tau megi tu tak baik untuk kesihatan, tapi yang tak baik tu la yang sedap. Mase peknen makan je megi tu. Takla kerap tapi memang makan la. And bile tengok orang dok makan megi mase saha dalam pantang ni, nampak sedapppp sangattt.!




3. Seafood and telur

Kat umah umi, mase saya pantang, umi pernah masak ketam gulai kuning, sotong masak merah, telur itik gulai kuning and ikan2 yang saya takleh makan macam ikan tongkol and ikan merah. Pehhh.. leleh air liur wa cakap luuu..! Seafood macam ketam udang sotong sume tu memang la takleh makan takot gatal kat tempat jahitan. Kang makan, naya la menggaru. Telur pon same. 




4. Kuih2 and bende berkacang

Yang ni umi tak bagi makan sebab takot afia kembong. Afia kan fully bf. Takot saya takde pape, die yang terefek. Ma pon tak bagi makan. Dengan alasan yang same jugak. Dah lepas hari pantang ni pon masih tak di beri kebenaran untuk makan bende2 berkacang. Kacang panjang pon takleh makan. Sobbbsss~




5. Bende bermajerin

Yang ni mase pantang kat umah ma. Ma tak bagi makan bende2 yang bermajerin dan bermentega ni. Takot afia poo. Sebab ma kate makanan2 yang bermajerin and bermentega akan efek perot baby. So, walopon saya terliur sangat2 dengan biskut or roti yang ada elemen tu, terpakse la tahan. Dah lepas 44 hari pon ma tak bagi makan lagi tau. Demi afia, terpakse la ibu tahan.


Dari segi penjagaan badan

1. Bengkung

Before makan makanan berat seperti nasi, saya di wajibkan pakai bengkung. Oleh siapa lagi kalu bukan sang suami tercinta. Ni gara2 beliau dengar makcik tukang tungku saya la cakap. Nak makan kene pakai bengkung supaya perot tak menggelebeh nanti. Maka, kuorlah perintah begitu. Kadang2 saya tak pakai jugak. Bukan ape, malas nak lilit tali yang panjang tu. Dah la kene struggle pakai sorang2. Tapi kalu nak makan, hubby mesti tanye, dah pakai bengkung blom? Kalu jawab tak, mule la die bebel. Heee. Dan sebab saya taknak dengar die bebel, terpakse la pakai. Tapi saya pakai korset je. Moden gitewww.! Hehehe.


2. Tungku

Yang ni, saya maha malas.! Lepas branak, upah orang mengtungkukan saya for 3 days. Lepas 3 hari tu, kene la tungku sendiri. Tapi saya selalu lupe. Dah elok gi panaskan tungku, saya dok buat itu ini, sampai tungku tu sejuk balik. Pastu panaskan balik. Pastu lupe lagi. Dah 2,3 kali lupe, malas dah la. Lagi2 kalu pakai bengkung sebab tak rase la kalu bertungku. Bengkung kan cam tebal jugak. Tapi umi abah selalu bebel bab bertungku ni. Jadi, dalam rela tak rela, saya bertungku la jugak.


3. Stoking

Bab ni plak memang betol2 bagi saya pengajaran supaya jangan main2 mase berpantang. Kenapa? Sebabnye mase dalam 2 minghu pas branak tu, saya ada la terskip pakai stoking ni. Besenye lepas gi tandas terus lupe pakai. Bile dah ingat buat dek je. Few times jugak la gitu. Dah la mase tu musim hujan turun dengan lebatnye. Dan akibat skip pakai stoking ni, saya kene selsema plus batuk. Nasib baik tak demam jek. Seksa oo mase tu. Dah la kat tempat berjahit tu still sakit. Nak batuk bersin memang takot. Takot terbetas. Lepas dah kene tu, memang tak tinggal la stoking sampai sekarang. Umi cakap badan masuk angin sebab kaki terdedah. Memang taubat terus la. Hahaha.


Dari segi anak dan penjagaannya


1. Susu badan takde

Ni mase few days earlier lepas bersalin tu. Memang afia nangis gile2 sebab lapar sebab susu saya takde. Tengok anak nangis, ibu die ni nangis same. Last2 terpakse la bagi susu enfalac A+ tu kat die. Tapi sehari je bagi. Sebab lepas mengurut, susu saya dah ada. Sedey sebab niat di hati taknak langsung bagi susu formula. Tapi apekan daya. Hukhuk.


2. Afia tak poo

Maybe sebab afia tak minum susu badan, maka few days lepas die lahir tu, die tak poo. Tapi perot tak keras and die kentut je. Tapi kentut die, perghhh..! Busuk amat! Sampai ayah chik iman die cakap, takde yang leh menandingi kebusukan kentut afia tu. Tak tertanding. Hahaha.


3. Bontot and miss v afia melecet

Lepas dah reti poo, afia poo banyak kali lak. Dalam sehari tu sampai 10 kali kot. Dan sebab die poo banyak kali sangat tu, area miss v and bontot die merah2 sampai melecet. Sedey tengok. Mesti pedih. Saya dengan umi taktau nak watpe then tanye2 orang and google. Pernah letak nappy cream tak jadi. Vco tak jadi. Anginkan area tu tak jadi jugak. Last2 ada kawan cakap letak tepung ubi. Try and alhamdulillah jadi. Day to day, merah tu makin berkurang. Lega.


4. Afia menangis susah nak tido

Bile dah siangnye die tido banyak, malam tu mule la buat hal. Mase awal2 dalam pantang tak sangat. Tapi bile dah lepas sebulan, mak aihhh.! Boleh tahan. Kali setakat susah nak tido je takpe la. Ni die meraung sekuat hati. Start aje kol 10 malam sampai kol 12 malam, waktu berjage2 la tu. Waktu die meraung. Tapi sekali dah tido, tukar pempes pon tak sedar ape dah.



Dari segi moral support for certain things


1. Fully breastfeed

Sedey bile few people in my family tak support niat saya yang satu ni. Sebab katenye nanti menyusahkan pengasuh and saya sendiri dalam nak handle bende ni. Katenye saya dulu minum susu formula je, jadi orang jugak. Emosi mase tu jangan cakap la. Sume ada. Sedey, marah, bengang. Last skali masuk bilik nangis ngadu kat hubby. Heee. Bengang bile orang dok suruh bagi susu fm kat afia sedangkan susu saya banyak gile. Saya ni dari peknenkan afia lagi dah niat nak fully bf die sampai die umor 2 tahun.


2. Buaian

Yang ni memang saya taknak ajar afia tido dalam buai. Bukan ape, nanti dah selalu berbuai, mesti susah nak tido kalu takde buai. Nak gi mane2 mesti susah sebab nak kene angkut buaian tu. Saya ni dok dengan afia je nanti kat kuarters. Kalu berbuai bagai, susah la nak angkat. Dah la dok tingkat 2. Memang la orang cakap bile baby tido dalam buai, die tido lame. Tapi yang bercakap tu tak pikir pon keadaan saya yang dok sorang2 ni. So bile bab buai di ungkit, rase nk marah la jugak. Cakap banyak kali pon tak paham2. Membangkitkan kemarahan betol.

3. Pacifier.

geram bile orang dok sebok nak suruh bagi pacifier pada afia. kes pacifier ni same la cam kes buaian. boleh membangkitkan kemarahan hati dan jiwa raga. huh.!


done bahagian ditulis dulu2. bahagian seterusnye adalah bahagian tambahan.

walopon hati menangis air mata darah taknak bagi afia berbuai and berputing, tapi akirnye pasrah dan terpakse menyerah. kenapa?? bagaimana dan oleh siapa?? biarlah saya simpan je reason2nye. cume nak cakap, started from the day afia berbuai dan berputing, hati saya hari2 menangis. i know they want to make things easier for me. tapi akibatnye saya yang tanggung sorang2. bile tido berbuai, afia taknak tido bawah *except malam2*. and sebab berputing, afia nipple kompius and rejek nipple ibu die. die takkan menyusu dengan saya unless die tengah mamai. bile mate terbuka luas, memang die meraung bile saya nak susukan die. (taip sambil menangis.. T_T) and because of theseeeee.. sometimes, deep down in my heart (when im tooo stress about these), i cursed them who put me in this situation. wuwuwu.

 i know i shud be more firm on my stand but they are older people. takkan nak gaduh sampai tak bercakap sebab bende gini. so nak taknak, menangis dalam hati jela. orang cume boleh cakap mereka paham ape saya lalui. tapi paham dan tanggung tak sama. duhhh.. mate berair dah ni. stop dulu la. huuuu..



**for my upcoming children, no buai no puting. told this to hubster and he agreed. and older people, next time, i wont tolerate.! 




0 juri awam:

Post a Comment