:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

resepi : ayam goreng versi dida


haiiii...

sekarang tengah cuti sekolah. saya kat umah umi. dan saya telah di landa virus kerajinan untuk memasak secara melampau. huehuehue. 


last 2 days saya buat ayam goreng macam kat kfc tu. resepi dari kak zam zariah di pesbuk. 

bahan2nye?

UNTUK TEPUNG

2 cawan tepung jagung.
1/2 tepung gandum.
1 sudu besar serbuk kari.
1 sudu kecik serbuk lada putih.
garam secukup rasa.
(kalu nak pedas sikit, boleh letak sebuk cili)

# dah masuk sume, boleh goncang sesuka hati dalam bekas supaya bahan2 tu bercampur rata.



UNTUK AYAM

+ bawang putih 5/6 ulas
+ serbuk lada putih
+ telur 1/2 biji
+ garam secukup rasa
ayam (dibersihkan)


 # kisar halus bahan bertanda + dan kemudian perap ayam dengan bahan tersebut. perap selama sejam (paling kurang). lagi lame di perap lagi sedap.

bahan2 dikisar

ayam yang di bersihkan

ayam di perap

# bile nak goreng, masukkan ayam yang di perap dalam bekas yang di goncang tadi. pastu goncang skali lagi (tepung + ayam) supaya ayam di saluti tepung.



# pastu goreng tenggelam dalam minyak panas api slow.




# dah masak, boleh la makan dengan nasi or makan macam kat kfc tu. yummm..!


hasil yang memberangsangkan! hahaha

** femli kata sedap. hubby pon kate sedap. so pahni takyah gi kfc?? hahahaha...!



0 juri awam:

Post a Comment