:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Afia demam lagiiiii..


On 13 september 2014, my afia nur syifa' turns 10 months.

And at her 10 months old ni, afia kene fever yang agak teruk. Starting dr ari kamis petang. Malamnye makin panas badan afia. And im so scared kene handle afia sorang2 time dia demam teruk. Jumaat siang ok skit. Tapi jumaat petang makin panas so cakap kat hubby saya nak balik umah in laws. Pak mertua datang amik dengan adik ipar sebab saya takleh drive. Afia takmo berenggang langsung. Huuu.


Demam2 pon sebok membuas lagi.

Malamnye abi afia sampai. Suhu kejap ok kejap tinggi so saya decide takkan tido sebab nak monitor suhu badan afia di samping buat sponging. Tahan punya tahan mate ni, kol 2 terlelap jugak. Terjaga kol 2.30 sebab rase afia tarik baju. Pegang dahi dia, terus bangun. Panasnye.! Check suhu. Ya Allah. 39.3'c. 


Terus kejut hubby cakap nak gi kecemasan mane2 spital. Dalam hati takyah cakap la, gelabah gile. Huuu. Hubby suruh sumbat ubat bom (ubat masuk kot bontot) dulu kat afia. Just to kontrol the temperature. Kol 3 pagi gi kecemasan hospital tengku anis, pasir putih. 

Sementara tunggu di check, 2kali afia muntah. Ibu pasrah bermandi muntah afia sebab lagi bimbang dengan suhu badan. Doktor check and suhu dah turun 38.2'c. Doktor bagi ubat and cakap takyah warded.  Balik umah, terus stay up. 


Sabtu. Orang dok prepare untuk majlis bertandang adik ipar. Saya memang tak menolong ape la dah si anak dara ni asik nak nempek je. Huuu. Siang suhu ok. Malamnye naik balik suhu. Dah jerlum air asam jawa, buat lemon socks, jerlum ais, sume tak jalan. OT lagi. Huuu.


Tido pon nak menempek dengan ibu. Krem montot ibu esoknye tu. Huuu.

Ahad. Majlis adik ipar. Afia still demam. Susu takmo minum sangat. 

Posing tetap posing tapi mate nampak sangat tak sihat.

Petang tu jerlum dengan air daun bunga raya. Malam tu alhamdulillah kebah demamnye. Ibu is legaaaa..! 


** moga2 afia selalu sihat. Aamiin. Takot sangat tengok anak tak sihat gitu. Huuu

0 juri awam:

Post a Comment