:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

11 bulan dah?


Oo men.. Cepatnye mase berlalu.!

Harini afia dah 11 bulan dah. Macam tak caye. Huuu.

At her 11 months ni, afia nur syifa' dah makin cerdik menslimkan ibu.

Camne tak slim.

Pagi petang siang malam, keje afia mengemasss je. Dari ruang tamu sampai bilik tido sampai dapur. Sume dia kemas. Expert dah. Pastu ibu nak pengsan tengok hasil afia mengemas tu. Kehkehkeh.

Tolong ibu kemas peti.

Bukan setakat mengemas. Panjat memanjat pon afia dah expert skarang. Krusi kat umah ni kejap je di panjatnye. Kat umah nekmi dok panjat sofa. Kat umah nekma dok panjat tangga. 

Pakai baju kan main gegirl. Tapi panjat krusi plak. Adoi.!

Afia still merangkak. Belom boleh berjalan just cuba2 bangun je. Tapi ibu no hal. Sebab ibu yakin one day nanti tibe la mase ibu nak main kejo2 dengan afia. Kuikuikui.

Sekarang afia dah reti respon kalu ibu mintak something. Dah reti takmo bagi barang yang die suke. Dah reti angkat tangan kalu ibu tanye sape name afia. 

Hari2 afia buat ibu cair dengan senyuman manis dia tu. 


Kejap sangat rase mase berlalu. 11 bulan yang lepas ibu dok sakit sampai muntah2 and takleh makan mase nak bersalin. Skarang afia dah pandai macam2.




Buang sume mainan dari besen.

Sebab besen ni tempat fevret afia skarang.

Banyak akal betol anak ibu skarang. And bersempena umornya 11 bulan harini, abis setin susu dia baling ke lantai. Mentang2 dah reti buka peti sendiri. Huuu.

Sebulan lagi afia will be one. Should i plan a celebration?
(Exciteddddddd)

**Happy 11-months old baby ibu. Ibu doakan semoga afia nur syifa' membesar dengan sihat dan bijak. Time kasey sebab menslimkan ibu sampai sekarang. Takyah dah ibu gi gim. Kehkehkeh. Ibu sayang afia. Abi pon sayang afia sangat2.

0 juri awam:

Post a Comment