:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

When you turn ONE



Afia day 1

Afia day 7

Ini anak saya. 
Anak perempuan saya.
Anak sulong. Anak tunggal dan anak bongsu saya (buat masa ini).
Anak yang saya tunggu selama 10bulan perkahwinan.
Anak yang saya kandung selama 39minggu 3hari.

Afia 1month

Afia 2months

Anak ini di beri nama afia nur syifa' binti mohd afiq ruzme.
Anak ini lahir pada hari rabu, 13 november 2013 di hospital sultanah nur zahirah, terengganu setelah menyebabkan saya menanggung sakit selama 17jam 15minit.

Afia 3months

Afia 4months

Anak ini kekuatan saya untuk menjalani kehidupan harian jauh dari suami dan keluarga.
Anak ini cahaya hidup saya yang terumbang ambing di kala mencari hala tuju. 
Anak ini penawar segala resah gelisah saya setiap hari.

Afia 5months

Afia 6months

Lahirnya anak ini mengajar saya erti menjadi seorang ibu. 
Lahirnya anak ini mengajar saya maksud ketabahan.
Lahirnya anak ibu mengajar saya apa itu kesabaran. 

Afia 7months

Afia 8months

Anak ini amanah Allah pada saya. Pada suami saya. 
Anak ini diamanahkan kepada kami untuk dididik, diasuh dan dijaga. 
Supaya menjadi anak yang solehah. Supaya menjadi insan yang berguna. Supaya menjadi khalifah yang baik di dunia ini. 

Afia 9months

Setiap telatah anak ini memenuhi hari saya.
Membuat saya rasa gembira melihatnya. 
Membuat saya rasa tidak sabar untuk sentiasa bersamanya. 
Membuat saya rasa rindu bila berpisah dengannya.

Afia 10months

Hari ini,
Anak ini telah setahun usianya.
Terasa sangat cepat masa berlalu.
Bila mana semalam anak ini masih kecil di dakapan saya.
Dan hari ini anak ini telah membesar dengan jayanya.

Afia 11months

Allah,
Jagakan anak ini untuk aku.
Lindungi anak ini bila aku tiada bersamanya.
Rahmatilah anak ini dengan limpahan taufiq dan hidayahMu.
Moga nanti, anak ini menjadi khalifahMu yang solehah. Aamiin.

Afia 12months

Afia,
Selamat hari lahir yang pertama sayang ibu. Dalam setiap doa ibu, ada doa untuk afia. Doa untuk kebaikan, keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan afia. Sekiranya satu hari nanti afia punya adik2, ibu mahu afia tau, sayang dan kasih ibu pada afia tetap tak berubah. Ibu janji ibu akan cuba berikan yang terbaik untuk afia. Ibu janji ibu akan sentiasa support afia sepanjang hidup ibu. Ibu janji ibu akan bersama afia sentiasa. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu. Sesungguhnya Allah saja yang tau betapa banyak ibu sayang afia. Selamat membesar dengan sempurna anak ibu. Ibu dan abi sayang sangat afia. 

Birthday celebration nanti kite buat ye sayang. Tunggu abi balik dulu sebab nak paw abi beli adiah kan? Ibu pon nak ajak abi blanje ibu air nyior. Hehehe.


Hadiah untuk afia

Ibu afia,
13.11.14
844pm

** alhamdulillah. afia setahun means ibu dah dapat degree in breastfeeding journey with afia walopon ibu terpakse jadi EP mom. Ada lagi stahun to get the phd. Lets try our best afia.!


0 juri awam:

Post a Comment