:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Bila dah kawin ni...



Bila dah kawin ni..

Kena la adopt and adapt dengan status suami dan isteri.

Kena la adopt and adapt dengan suasana dan persekitaran baru.

And kene la adopt and adapt dengan both families and relatives.

Kenapa kene adopt and adapt?

1. Semestinya untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga.
2. Supaya hubungan dengan kedua keluarga takde masalah.

Ok. Dah bahagian skemanye. Sekarang kita masuk bahagian mengarut plak. Penat nak nulis skema. Kihkihkih. 

Bila dah kawin ni, tak dapat dinafikan ada banyak benda berubah. Macam saya. Kalu dulu boleh tido bangun kol 10 pagi dan takde rase bersalah, sekarang kalu bangun kol 10 pagi di rumah mertua, mau tebal kulit muke nak kuor bilik. 

Rindu time bujang kejap.! Haha

Sebab tu kene adopt and adapt.

Bila dah kawin ni, memang kene banyak tolak ansur. Lagi2 bile di rumah mertua. Tak kire la mertua laki ke mertua bini. Dua2 kene. Tolak ansur camne? Ala.. Kan setiap keluarga lain caranya. Nak goreng ayam pon lain cara. Ini kan pula cara hidup.

Contoh diri saya sendiri. Kalu kat rumah umi, mak aih suara. Potpetpotpet tak renti. Dok bebel je kejenya. Mangsanya adalah 2 budak di rumah tu la. Haha. Tapi kat rumah mertua saya sopan (phui.!! Hahaha)



Bila dah kawin ni, bab balik kampung kadang2nye jadi isu sensitip sangat. Kalu yang ganu - klate macam kami pon dah kire hari bahagi sama rata (saya la tu yang mengira. Hahaha), apetah lagi yang kawen negri jaoh2 kan? Tapi.. Cuba la untuk adil. Jangan pulak umah mak laki 10 hari. Umah mak bini 2 hari. Itu saya pon bakal jadi naga. ^_______^

Bagi saya yang pjj dengan hubby ni, kalu hubby tak balik, and takde program sekolah di hujung minggu, hari kamis tu, memang laju je saya pecut balik ganu. Bukan ape, bile balik ganu buleh bangun lewat. Anak pon ada atehnye urus. So boleh la rest sikit (kan dah terbongkar niat sebenar. Kahkahkah). Tapi saya balik jugak umah in laws. Tido semalam dua. Yela. Mesti dorang pon nak tengok cucu dorang yang comey dan makin banyak akal ni. 😬😬😬


So gilir2 la. Macam sekarang cuti sekolah. Hati membuak2 nak balik ganu. Menipu sangat la kalu cakap tak rindu kan. Tapi saya decide balik umah ma dulu sebab nanti bulan 12 nak kene balik jaga adik2 kat ganu sebab parents saya gi umrah. So, adopt and adapt dan bertolak ansur la.

Harapnya bila dah duduk rumah sendiri nanti, saya still mengekalkan bende ni. Kalu tak boleh balik every weekend pon, mungkin boleh balik 2 minggu sekali. Kalu dah bizi sangat (bajet pm ke wei nak bizi sangat ni?) pon, mungkin sebulan sekali tu wajib balik rumah orang tua dua2 belah pihak ni. Hati orang tua nak kene jaga juga. Kadang dorang tak tunjuk dorang terasa hati dengan kita kan? So, saya harap, saya ni, kalu tak boleh jadi menantu kesayangan pon, jangan la jadi menantu hantu puaka pulak. 

Kahkahkah.

Suatu ketika dulu. Ketika saya masih lagi menantu tunggal. 😬😬😬

Ok. Sambung.

Bila dah kawin ni, baru la saya sedar kewujudan makanan seperti gulai itik, petai, ikan puyu, ikan sepat, siput sedut dan beberapa makanan lain lagi. Malas nak list. Banyak. Haha. Kenapa baru sedar? Sebabnya kat rumah umi saya tak makan benda2 tu suma. Dah kawin baru try sebab kat rumah in laws makan. Mula2 kawen dulu, saya culture shock jugak. Makan itik?? Tapi dah try skali, sedap pulak rasenye. Hahaha. 

Ye adik2 yang nak kawin tu..

Nanti bila dah kawin..

Macam ni la.

Dua2 belah pihak nak kene jaga hati. 

Suka tak suka, kene terima. Kalau tak suka pon buat2 jela suka. 😜😜😜 Tapi yela. Takkan kau nak anak dorang je kan? Mak pak adik bradik dia mana nak buang? Kenot like that haaa..

Jadinya, bila dah kawin ni.. kene tolak ansur, jangan penting diri dan lagi skali, adopt and adapt la dengan situasi. Ambil mana yang baik dan suaikan dengan diri sendiri. In sha Allah bahagia hidup nanti.

Saya sayang dua2 keluarga saya.




**Motip entri ni saya pon tak tau. Tulis je ape nak tulis. Kan niatnya nak update satu entri perday dalam cuti ni. Itu yang gigih mengarut. Hihi. Papepon, nak cakap ni.. rindu nak makan makanan eksotik si siput sedut tu.! Seben, copat la balikk.. Kita gi makan gulai lemak siput sedut tu. Kehkehkeh.

0 juri awam:

Post a Comment