:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Kerja jarang jarang saya


Kerja jarang jarang saya

Memasak untuk suami. 

Nasib pasangan pjj. Camni la. Huuu
(Mood syahdu. Sobsobsob).

Seriously, bila hubby balik la saya rase hepi sangat. Satu of course la sebab boleh jumpe lelaki kesayangan saya tu. Satu lagi sebab dapat la praktikkan skill memasak (yang tak berapa mahir) ni. Kuikuikui.

So, alkisahnya. Minggu hubby balik. Excitednye haiii.! Sanggup amik cuti dikala kerja melambak kat skolah. Kihkihkih.

Hubby sampai hari ahad dah malam. Kat rumah takde bahan basah sangat. Tak sempat beli sebab hujan je skarang (malas bawak afia).

So masak jela apa yang ada dalam peti tu.


Nasi.
Ayam blackpepper.
Sayur sawi tumis.
Telur dadar. 
Sambal belacan.

Isnin. Cuti. Tapi afia pulak demam. Tapi sempat gi beli barang basah pagi tu. Boleh la masak yang best sikit.


Nasi.
Ayam goreng bawang merah.
Ayam masak lemak cili api.
Kangkung goreng belacan.

Hari selasa. Saya terpaksa cuti lagi sebab afia still demam teruk. Tak sampai hati nak gi sekolah and tinggalkan dia kat pengasuh. So masak yang simple aje sebab afia nak menempek je. Huuu.


Nasi.
Ayam goreng bawang merah.
Sup ayam.
Kacang panjang goreng kunyit.
Sambal lada.

Rabu? Hubby suruh goreng ayam je untuk breakfast before dia gi kolumpo. Kalu rajin (and terbangun awal), boleh la buat lauk lain. Hihi.

Menu saya memang ayam jela kebanyakkannya sebab hubby ni hantu ayam. And ayam goreng versi tabur bawang merah goreng tu la fevretnye. Kate hubby la. Saya yang dengar terus kembang melampau2. Bangga betol rasanye bile hubby cakap dia suka masakan saya tu (walopon resepinye saya kebas dari mak mertua. Kikiki).

Masak banyak2 bagi beliau gemok. Kahkahkah.

**Saya suka buat kerja ni untuk suami saya. Moga2 satu hari nanti ada rezki saya untuk masakkan dia hari2. Doakan kami ye. Aamiin.

2 juri awam:

eamy milea said...

aminn..insyaallah.... =)

Dida Syuhada said...

Aamiin..

Post a Comment