:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Menu afia : kuey teow kungfu


Sebenarnye ibu afia yang teringin nak makan kuey teow kungfu. Tapi takpelah. Buat kat anak dulu. Kat ibu nanti rajin ibu buat. Ekeke.

Bahan2:

1. Kuey teow (basuh bersih).
2. Bawang merah sebiji (dimayang halus).
3. Bawang putih seulas (dimayang halus).
4. Lada hitam (ditumbuk halus).
5. Sayur2 (saya guna sawi putih and carrot, peas, corn yang instant tu).
6. Ayam (potong kecil).
7. Sesudu tepung jagung (campur air sikit).
8. Telur sebiji. 
9. Homemade stok ikan bilis.
10. Pure olive oil untuk menumis dan menggoreng.

Cara2:

Untuk kuey teow:

1. Pecahkan telur dan tambah dengan lada hitam yang dah ditumbuk. Masukkan kuey teow dalam campuran ni.
2. Goreng kuey teow senipis mungkin.
3. Dh garing boleh toskan minyak and angkat.

Untuk kuah:

1. Tumis bawang merah and bawang putih.
2. Masukkan air tepung jagung. Tambah air lagi.
3. Masukkan ayam dan biar sekejap supaya ayam masak.
4. Tambahkan sayur2 dan homemade stok ikan bilis.
5. Kacau sebati dan biar mendidih.
6. Siappp.. Kalu tengok kuah pekat sangat, boleh tambahkan air.

Dan ini hasilnya...


**Taktau la afia suka ke tak. Harap2 afia makan banyak. Sekarang ni susah betol afia nak habiskan bekal di rumah bs die tu. Haila afia.. Kecik2 dah jage bodi ye? Huhu. 

0 juri awam:

Post a Comment