:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Menu afia : nasi + labu masak lemak


Dah lame tak buat resepi labu untuk afia. So semalam gi econjaya, beli la labu separuh sebab teringin nak buat masak lemak ni.

Bahan2:

1. Labu sejuring (potong dadu kr potong nipis).
2. Bawang merah sebijik (ditumbuk).
3. Bawang putih sebijik (ditumbuk).
4. Lada hitam 5-6 bijik (ditumbuk).
5. Homemade stok ikan bilis.
6. Santan.

Cara2:

1. Masukkan bahan ditumbuk bersama santan dalam periuk. 
2. Masukkan labu supaya empuk.
3. Kecilkan api.
4. Bile labu dah empuk, masukkan homemade stok ikan bilis dan tambah sikit air supaya tak pekat sangat,
5. Bile kuah dah mendidih, boleh tutup api. Dan siapppp..!

Nasi di tabur habbatussauda dengan labu masak lemak. Kuahnyr nampak kuning sebab labu turuun warna kot. (Ada ke labu turun warna? Kahkahkah).

**Baunye sangat menggoda jiwe ooi.. Nanti nak buat jugak la untuk diri sendiri. Hehehe.

2 juri awam:

ziezah.com said...

santan jijah lom perkenal utk hakimi lagi..hehe
nampak menarik ni dida.. selalu jijah buat labu masak air je..hehe

tips kongsi resepi.. salam kenal :)

Dida Syuhada said...

Kite kenalkan santan kt afia mase die umo 10 bln. Tp jarang la masak gune santan. Sebulan skali je. Heee

Post a Comment