:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

My west-east baby


Friday. Weekend.

Ibu bajet nak bermalas-malasan. Jadinya ibu tak pikir nak masak ape for breakfast. Tapi afia bangun, terus ke dapur dan ambik pinggan. Means dia nak makan. So ibu godek2 barang kat umah nekmi. Jumpe macaroni.

Ketungketang ketungketang.

Siaplaa.

Macaroni sup siam for afia. West and east bergabung demi afia harini. Hahaha.!

Afia makan bertambah. Tinggal tulang ayam dengan bawang je sikit-sikit. Yang lain licin. Sambil makan sambil cakap, bu.. Dap em dap em.. Bahagia sangat ibu rase.



Resepi macaroni sup siam?

Bahan2:
1. Macaroni (rebus and tos).
2. 2 ulas bawang putih (dimayang).
3. 2 biji bawang merah (dimayang).
4. Ayam (dipotong kecik).
5. Potato (dipotong panjang dan nipis).
6. Carrot (dipotong bulat).
7. Rempah sup siam.

Cara2:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan warna kekuningan.
2. Masukkan ayam. Kacau-kacau sikit.
3. Tambah sedikit air supaya ayam masak. Masukkan rempah sup siam.
4. Tambah potato dan carrot.
5. Tambah air untuk banyakkan kuah (afia suka hirup kuah). 
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Bila mendidih dan potato dah lembut boleh tutup api.
8. Campur macaroni dan siap! 😬

**Afia tengah selera sangat makan sekarang ni. Sebab tu ibu jadi gigih nak masak pape untuk afia. Dan sebab tu afia dah tak minum susu sangat. Huhuhu.

0 juri awam:

Post a Comment