:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Third pregnancy. Second baby.

Alhamdulillah.

2 bulan lepas miscarriage second baby, saya pregnant lagi. Sejujurnya, tak expect akan lekat dalam mase yang dekat gitu. Period lepas gugur pon skali je datang. Bulan ke dua lepas gugur period lambat. Tapi ingatkan sebab hormon lepas gugur buat period tingtong. Rupenyee.. Pregnant lagi.

Terdetik nak check pon sebab asben tanye tak period lagi ke? Sebab dia rasa tak larat. Loya2. Pening2. Simptom2 yang dia kene mase saya mula2 pregnantkan afia dulu. So check la. Bile naik double line.. Neves pulak rase. Hahaha.

Buat buku at 8weeks of pregnancy. Buat awal sebab dah ada history gugur so takot. At 12weeks, dah kene minum air tersedap di dunia - air gula. Menitik air mata minum air ni. Dah setel minum memang rase berpusing2 kepeningan. Nasib baik masa tu cuti sekolah so boleh rest. Afia pon asben yang uruskan. Alhamdulillah result air gula cantik.

At week 16 onwards, detect baby dok melintang. Adoyai.. Susah hati sangat sebab bile baca pengalaman orang lain, dorang dok cakap if baby transverse lie, memang kene czer la jawabnya. Allah! Takot sangat. Doktor cakap early pregnancy ni takpe sebab baby akan pusing lagi. If 36weeks above baru bahaya. Jadinya, hari2 la dok doa suruh baby pusing dok leklok.

During week 28, baby kurang gerak. Dari kamis ke jumaat macam almost tak rase baby gerak. So gi klinik perubatan intan untuk scan. Buat ctg tak jumpe jantung baby. Takot dah mase tu. Scan baru nampak. And memang clearly nampak baby dok melintang. Kepala belah kiri mase tu.

Mase 31weeks, gi scan 4d kat klinik hadi kat padang luas besut. Doktor perempuan walopon name klinik tu laki. Nak tengok kedudukan baby tapi lebih pada nak tau jantina. Senang nak shoping kononnya. Hahaha. Tapi malangnya, baby pemalu. Takmo tunjuk sampai sudah. Muke pon nampak sampai hidung je. Mulut di tutup dengan tangan. So terpaksa la ibu shoping baju kaler universal je. Campur baju afia, banyak jugak jadinya.

Masa pregnant tu, ada jugak saya gi mintak air penawar untuk pusing kedudukan baby. Pakcik tu dok bukit payong, besut. Dia tak pusingkan baby cume tengok2. Mase tu 33/34weeks dah. Dia cakap takpe. Perot besar lagi nanti baby turun. Lega dah dengar. Dan masih berharap baby akan turun mase next check up. Tapi baby tak turun jugak. Doktor cakap akan bagi date untuk buat ecv. Untuk pusing baby ke kedudukan yang betol. Takotnya haih!

Masuk week 36, tengah cuti sekolah mase tu, first day pose gi check up. Baby memang transverse lie lagi. Siap ada lukisan dalam buku. Doktor cakap akan call untuk bagi date ecv. Takot sangat. Before berbuka je doa kan main panjang lebor nak dipermudahkan semuanya. Mase tu duduk dah tak kene. Bangun tak kene. Berdiri lama sakit duduk lama sakit. Asben suruh mintak mc je a week after cuti tu. Sebab start cuti week 38. Gi klinik mintak mc dapat 2 hari. Then balik sambung di ganu.

Gi first check up di ganu. KD padang air. Misi cek baby and dia cakap baby dah dok cephalic position. Oh Allah! Leganya! Then gi scan untuk confirmation. Memang baby dah dok leklok. Alhamdulilah. Berkat ramadhan. Mase tu terus rasa nak branak terus takot baby berubah kedudukan lagi. Hahaha. Kali kedua check up di KD padang air tu, misi cakap branak2 la. Next week mintak2 awak takyah datang dah. Biar misi je gi umah awak. Saya aminkan aje. Hahaha.

Dan akirnya, next appoinment check up tu memang takyah gi dah sebab dah bersalin. 😁

Ok. Done summary (summary yang panjang gile) pasal the third pregnancy ni. Nanti entry akan datang in sha Allah akan cite bab kronologi kelahiran baby plak. Doakan saya gigih menulis. Hehe.

0 juri awam:

Post a Comment