:: togeder geder ::

Daisypath Friendship tickers

Kronologi kelahiran anak dara kedua

Alhamdulillah.

Dah dua minggu jadi #ibu2anakdara.

So harini macam rajin plak nak tulis cerita kelahiran anak dara no 2 saya.

Bermulanyaaa...

Jumaat. 24.6.2016.

5 am. Bangun nak sahur. Nak kejutkan adik sya. And terjatuh di bilik di gara2 tak perasan lantai licin. Tak jatuh berdebuk sebab dan tahan tangan jugak. Cume memang akrobatik la. Kaki kanan mengangkang habis. Mase jatuh siap jerit Ya Allah. Aboh, umi, adik berlari tengok. Neves jugak walopon tak jatuh terhentak punggung. Celah kangkang kanan jangan cakap la. Sakit gile. Menangis seround. Mood nak sahur hilang. Monitor gerak baby alhamdulillah ok.

11 am. Mengurut sebab tak tahan sangat sakit kat kangkang tu. Mase urut tu tukang urut cakap tengok perot cam nak beranak dah. Tapi saya cakap tak sebab takde tanda lagi.

4pm. Kuor darah. Tapi tak sakit. So rilek jela sambil monitor gerak baby. Still lagi pose. Cakap kat umi dah kuor darah. Umi dah gabra sebab dia ada majlis berbuka kat luor hari tu. Aboh pon same. Tapi saya cakap takpe je. Adik2 ada. Hasben pon ondaway balik dah. Rasa tak beranak lagi.

Malam. Bergelak ketawa dengan hasben sambil tengok tv. Cakap kat dia kalu nak branak pagi esok, ondaway gi spital kite gi drive thru mcd eh. Teringin rase. Boleh buat bekal tenaga. Hasben iyakan je. Kol 11 umi cakap gi la dua2 tido. Esok kan nak beranak. Cakap balik kat umi takpe. Tak beranak lagi ni (kompiden sangat). Tak sakit langsung pon masa tu. Baby pon gerak ok je. Tapi barang2 dah check and readykan.


Sabtu. 25.6.2016.

2am. Rasa perot memulas. Dah terdetik. Ke nak beranak dah? Afia dulu pon memulas jugak. So masa tu layan je rasa contraction tu. Monitor brape minit sekali. Mase tu setengah jam sekali rasa sakit tapi masih boleh ditahan. Buat latihan pernafasan. Still lagi peram tido tapi bile sakit tu terkejut2 jugak.

3am. Hasben sedar bini dia tengah sakit. Ajak gi spital tapi bini dia taknak lagi. Rasa boleh tahan lagi. Ingat nak gi pas sahur je.

4.30am. Rasa sakit dah makin kuat. 10minit skali. Gi cakap kat umi. Umi suruh makan dulu then gi spital terus. Tapi saya gi mandi2 siapkan badan dulu. Kejut hasben suruh mandi and sementara tu makan nasi 3 sudu, air milo secawan. Untuk tenaga kononnya.

5am. Gerak gi spital. Ondaway tu kire contraction. 5minit sekali. Setiap kali contraction datang, genggam tangan hasben. Tapi sempat lagi tanya, tak beli mcd ke? Hahaha. Hasben buat dono je. Beli apenya tengah sakit gitu. 

5.30am. Sampai hsnz. Dan2 bunyi bedil tanda habis waktu sahur. Daftar masuk. Terus check jalan. Dah 5cm. Takyah masuk wad. Akan terus ke LR. Hasben gi register kat bangunan sebelah. Masa tu dok baca doa nabi yunus dan mintak dipermudahkan sume. Cakap kat misi, dalam LR nak sume staff perempuan.


6 am. Mase naik LR hasben gi semayang subuh. Masuk LR macam kagom sebab lawa sangat. Siap tanye doktor lagi, ni ke bilik bersalinnya doktor? Siap boleh sembang walopon tengah sakit. Sebab bearable lagi mase tu. Doktor check jalan cakap 6cm. Tengah2 sembang rase macam nak membuang. Cakap kat doktor. Saya rasa macam nak berak la doktor (malu kalu ingat balik cakap gini. Hahahah). Doktor cakap puan nak push tu. Saya pecahkan ketuban la. Neves hoi. Tapi mase tu takde la rasa nak push. Memang rase nak membuang. Ke feeling je?

6.15am. Doktor pecahkan ketuban. Dan tetibe rasa sakit yang unbearable. Memang tak dapat tahan sangat. Nangis terus mase tu. Then cakap kat doktor mintak panggi hasben. Doktor cakap nanti dia panggilkan sebab kat tangan belom masukkan jarum. Sakit sangat mase tu sampai baca doa nabi yunus pon kuat2. Sempat cakap kat doktor suruh panggil hasben sebab nak suruh urut belakang. Hahaha. 


6.40 am. Hasben masuk. 2x je urut belakang. Pastu rasa nak push. Sesuka hati sendiri dari mengiring tukar posisi ke baring biasa. Cakap kat hasben nak berak. Misi cakap dah nak berak sangat berak la. Hahaha. Bongoknye mase tu. Malu kalu ingat balik. Rupenya mase tu nak push dah. Hasben cakap memang dah nampak kepala baby. 3,4 kali push jugak sebab tak sempat nafas. Mase tu dok pikir cepat la branak. Tak tahan sangat sakit. Huhu.

7.03am. Baby kuor. Bila baby kuor terus tanya hasben boy ke girl sebab slame pregnant scan tak nampak langsung. Hasben cakap girl. Macam frust sikit sebab nak boy kan. Nama pon dok aim name laki je. Haha. Tapi bile tengok baby, macam tak caya dah beranak lagi. Besar and putih sangat budaktu. Mane tak besar. 3.65kg ooi. Panjang 55cm lak tu. Then misi jahit. Luckily tak banyak kene jahit sebab tak kene gunting. Luka pon sebab baby besar. Tak banyak jahit pon sakit jugak. Huahuahua.

10 am. Masuk wad 3A kenanga katil no 1. Bile doktor check, tanye doktor bile agak2 boleh balik. Doktor cakap if baby dah berak and kencing boleh balik. And alhamdulillah. Memang boleh balik di hari yang sama. Tak payah tido di hospital. Syukur sangat sebab dok bimbang kat afia la. Dia mana boleh tido kalu ibu takde.

4 pm. Discharge. 

2 juri awam:

anais_suraya said...

Ya Allah..putih debab sgt alin..

Dida Syuhada said...

Gebus.. Kuor dh bsr. Hehe

Post a Comment